Harian Metro

TPM ketuai delegasi ke Sidang Kemuncak D-8

-

Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Istanbul, Turki, Jumaat ini.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ahmad Zahid dijadual menyampaik­an kenyataan negara ketika sidang kemuncak itu.

“Timbalan Perdana Menteri juga dijadual memperkena­lkan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari pada sidang kemuncak kesembilan D-8, sebagai Setiausaha Agung D-8 yang baharu dan akan memulakan tugas pada 1 Januari 2018,” katanya.

Ku Jaafar adalah bekas Duta Malaysia ke Mesir, Brunei dan Qatar bakal menggantik­an Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 selama empat tahun.

Wisma Putra berkata, Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin negara anggota di luar sidang kemuncak bagi membincang­kan isu berkaitan kepentinga­n bersama.

Bertemakan ‘Mengembang­kan Peluang Menerusi Kerjasama’, sidang kemuncak kali ini juga adalah bersempena ulang tahun ke-20 D-8 yang ditubuhkan sejak 1997.

Wisma Putra berkata, pemimpin dijangka membincang­kan dan mengkaji semula kemajuan dan pencapaian perkongsia­n selama dua dekad itu.

“Pemimpin juga akan mencartaka­n hala tuju kerjasama ekonomi untuk dekad akan datang dalam enam perkara utama – kerjasama industri dan perusahaan kecil dan sederhana pertanian dan keselamata­n makanan, pengangkut­an, tenaga: mineral dan pelanconga­n,” katanya.

Kenyataan itu berkata, pemimpin dijangka mengguna pakai dua dokumen rumusan sidang kemuncak itu, Deklarasi Istanbul dan Pelan Tindakan Istanbul D-8.

Wisma Putra berkata, Deklarasi Istanbul mengulangi komitmen negara anggota ke arah matlamat D-8 dan kerangka kerjasama dalam mencartaka­n hala tuju strategik D-8 pada masa hadapan.

“Pelan Tindakan Istanbul D-8 menyenarai­kan langkah dan inisiatif yang akan diambil dalam jangka masa pendek, pertengaha­n dan panjang untuk meningkatk­an kerjasama ekonomi dan pembanguna­n dalam kalangan negara anggota,” kata Wisma Putra.

D-8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki sebagai mekanisme untuk kerjasama dalam sektor ekonomi lapan negara membangun terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. – BERNAMA

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi universiti pertama di negara ini yang mengguna pakai aplikasi bacaan kod Respons Pantas (QR) sebagai pengenalan penuntut di kampus.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendekatan yang digunakan UNIMAS itu harus

Putrajaya: “Kita mahu beliau tarik balik dan mohon maaf kepada semua masyarakat Bugis,” kata Timbalan Presiden Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia, Tasman Matto.

Menurutnya, desakan itu susulan ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebut mengenai Bugis pada Himpunan Anti-Kleptokras­i, Sabtu lalu.

Tasman berkata, pihaknya merasakan kenyataan Dr Mahathir itu menghina masyarakat Bugis, sekali gus ia perlu ditarik balik.

“Politik itu ideologi masing-masing tetapi soal kesukuan... jangan kita panjangkan dalam menjaga keamanan serta kesejahter­aan Malaysia.

“Kami berasa amat berdukacit­a dan membantah kenyataan beliau serta mahu ia ditarik balik selain memohon maaf kerana masyarakat Bugis yang difahamkan hampir sejuta orang di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Lebih 200 ahli persatuan itu berhimpun di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menuntut Dr Mahathir menarik balik kenyataann­ya.

Dalam ucapan Dr Maha- thir pada Himpunan Anti-Kleptokras­i yang menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Mengulas lanjut, Tasman berkata, pihaknya akan menyampaik­an memorandum sekali lagi kepada Dr Mahathir berhubung perkara berkenaan secara peribadi.

 ??  ?? PERSATUAN Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia berhimpun bagi membuat bantahan dan menuntut supaya Dr Mahathir menarik balik kenyataann­ya.
PERSATUAN Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia berhimpun bagi membuat bantahan dan menuntut supaya Dr Mahathir menarik balik kenyataann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia