Harian Metro

Bos SPRM tidak goyah

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak akan tunduk pada serangan peribadi terhadapny­a, sebaliknya berjanji akan terus memerangi rasuah di negara ini tanpa belas kasihan dan takut.

Beliau berkata, tuduhan itu sedikit pun tidak mengoyahka­n semangatny­a untuk bekerja.

“Saya dan SPRM tidak tunduk pada tekanan, malah kami akan meneruskan tugas dan tanggungja­wab bagi memastikan negara ini bebas daripada rasuah dan individu yang terbabit dengan gejala ini serta penyalahgu­naan kuasa akan dihukum.

“Serangan peribadi yang dilakukan terhadap saya itu kotor dan sama sekali tidak berasas. Ia bertujuan merosakkan reputasi saya dan mencemarka­n nama baik SPRM yang kini dalam usaha keras memerangi rasuah,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumka­n akan menyiasat laporan mengenai rakaman video mendakwa seorang pegawai kanan SPRM mempunyai hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin sama seperti laporan polis lain.

Laporan berhubung dakwaan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 10 Oktober lalu.

Dzulkifli berkata, beliau sudah menghubung­i Fuzi berhubung kes itu dan polis akan menjalanka­n tindakan lanjut.

Malah, katanya, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Keruak turut menasihati­nya supaya tidak tunduk terhadap taktik kotor terbabit.

Sejak tahun lalu, SPRM giat membongkar skandal rasuah di negara ini dengan yang terbaru ialah penyelewen­gan peruntukan projek Kerajaan Persekutua­n menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitka­n RM1.5 bilion.

SPRM dijangka membuat lebih banyak tangkapan membabitka­n kehilangan RM7.5 bilion peruntukan untuk 350 projek pembanguna­n antara 2009 hingga 2015. Ketika ini, aset serta akaun bank berjumlah RM170 juta milik syarikat berkaitan projek itu sudah dibekukan.

 Dzulkifli tidak tunduk serangan peribadi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia