Harian Metro

Motivasi tanpa ayah

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

 Ibu penguat semangat penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor

“Selepas ketiadaan ayah, ibu sentiasa bersama saya dan dia pernah sanggup datang bersendiri­an dari Kuantan ke Puncak Alam pada jam 2 pagi semata-mata mahu memujuk saya yang kesedihan,” kata penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-87, Nur Dayana Yaacob, 24.

Graduan Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan Ekonomi (Kepujian) itu turut merangkul Anugerah Naib Canselor (ANC), Anugerah Terbaik Fakulti dan Anugerah Terbaik Program berikutan pencapaian cemerlang sepanjang tempoh pengajiann­ya.

Nur Dayana berkata, kejayaan itu tidak diperoleh tanpa pengorbana­n ibunya, Rosnah Moharam, 63, yang terus berusaha membesarka­nnya selepas kematian bapa akibat sakit jantung.

“Sejak ayah tiada ketika saya berusia 10 tahun, ibu yang sentiasa membantu dan memberi semangat. Walaupun sukar membesar tanpa ayah, perkara itu mematangka­n diri saya,” katanya yang menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94.

Kelmarin, 2,129 graduan menerima anugerah, ijazah dan diploma masing-masing yang disampaika­n Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad.

Menurut anak tunggal itu, dia pernah kecewa apabila gagal melanjutka­n pengajian ke luar negara kerana kekangan kewangan dan tidak mempunyai sebarang tajaan.

“Saya kemudian memilih UiTM yang dianggap sebagai platfotrm terbaik dan ternyata semua ilmu, latihan serta kemahiran yang diajar amat memenuhi kriteria pekerjaan.

“Anugerah ini saya dedikasika­n kepada ibu dan pensyarah terutama mentor saya, Dr Ismadi Ismail dan Dr Rosilawati Aminuddin iaitu pasangan suami isteri yang turut banyak membantu saya,” katanya yang kini bekerja sebagai penganalis­is pasaran di sebuah syarikat kewangan perindustr­ian terkemuka di negara ini.

Nur Dayana berkata, dia komited mengubah stigma masyarakat yang sering kali menganggap graduan tempatan tidak setanding graduan luar negara.

“Setiap mahasiswa mempunyai keunikan tersendiri dan peribadi mereka yang penting untuk menentukan sama ada dia berjaya atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima ANC, Aainaa Muzzafirah Mustafa, 31, berkata, dia bersyukur memperoleh anugerah bagi Ijazah Sarjana Muda dengan (Kepujian) Perniagaan Antarabang­sa itu walaupun usianya sedikit tua berbanding penuntut lain.

“Walaupun pada mulanya agak malu kerana terpaksa masuk kelas semula pada usia 28 tahun, namun ia tidak mematahkan semangat saya,” kata ibu kepada seorang anak yang memperoleh CGPA 3.69 itu.

 ??  ?? NUR Dayana meraikan kegembiraa­n bersama ibunya, Rosnah selepas Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-87.
NUR Dayana meraikan kegembiraa­n bersama ibunya, Rosnah selepas Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-87.
 ??  ?? MOHAMMAD Aidil Adha (tengah) meraikan kegembiraa­n bersama ibu, Zuraida Zakaria dan bapanya, Azizul Rozany Abdul Aziz.
MOHAMMAD Aidil Adha (tengah) meraikan kegembiraa­n bersama ibu, Zuraida Zakaria dan bapanya, Azizul Rozany Abdul Aziz.
 ??  ?? AAINAA Muzzafirah meraikan kegembiraa­n bersama suami, Sheikh Fakhrurraz­i Sheik Harun (tiga dari kanan) dan anaknya, Sheik Iyad Aaziz Sheikh Fakrurrazi serta keluargany­a selepas Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-87 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah...
AAINAA Muzzafirah meraikan kegembiraa­n bersama suami, Sheikh Fakhrurraz­i Sheik Harun (tiga dari kanan) dan anaknya, Sheik Iyad Aaziz Sheikh Fakrurrazi serta keluargany­a selepas Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-87 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia