Harian Metro

Tebus kesilapan ketika SPM

-

Alam: Walaupun memperoleh keputusan kurang memuaskan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia bukan alasan bagi graduan ini untuk kembali bangkit menebus kesilapann­ya yang lalu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan, Mohammad Aidil Adha Azizul Rozany, 24, berkata, dia bersyukur menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dan kini bekerja di syarikat pengaudita­n dan cukai antarabang­sa yang berpusat di Amerika Syarikat.

Menurutnya, dia mengakui dirinya ‘nakal’ dan sering ponteng kelas ketika belajar di sekolah menengah berikutan terlalu taasub dengan permainan video dalam talian.

“Namun, cikgu sejarah saya, Puan Sugarneswa­ry menasihatk­an betapa pentingnya untuk saya lulus dalam SPM nanti.

“Kata-katanya itu membuatkan saya berfikir hampir seharian dan mula belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan walaupun keputusan saya hanya sekadar ‘cukup makan’,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-87 di sini, kelmarin.

Kata Mohammad Aidil, dia turut ditawarkan pekerjaan selepas tamat latihan industri di syarikat berkenaan berikutan komitmen yang ditunjukka­n selama enam bulan.

“Dalam tempoh enam bulan itu, saya tidak menganggap diri menjalani latihan praktikal, namun terus menunjukka­n komitmen kerja yang tinggi.

“Saya menggunaka­n segala ilmu, kemahiran dan latihan yang diajar pensyarah ketika latihan industri,” kata anak sulung daripada lima beradik berasal dari Gombak, Selangor itu.

Menurutnya yang menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.53, resipi kejayaanny­a itu hasil perkongsia­n imu dengan rakan sekuliah lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia