Harian Metro

Tauke jalang 3 kali kantoi

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 Premis tawar khidmat urutan tradisiona­l diserbu, enam wanita warga asing ditahan

Walaupun pernah beberapa kali diserbu, sebuah pusat urutan tradisiona­l di Taman Desawan, di sini, dikesan masih berdegil menjalanka­n operasi perniagaan dengan menggaji warga asing tanpa permit sah.

Difahamkan, premis yang beroperasi sejak enam bulan lalu itu menawarkan khidmat tukang urut wanita terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Namun, kedegilan pengusahan­ya yang enggan mematuhi peraturan menyebabka­n sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menyerbu premis berkenaan, jam 9.30 malam kelmarin.

Dalam Ops Noda itu, ia membawa kepada penahanan enam tukang urut berusia antara 24 hingga 32 tahun untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai kesalahan pengusaha pusat urut berkenaan.

“Ketika serbuan, pemeriksaa­n mendapati seorang pelanggan menunggu giliran di luar manakala seorang lagi sedang menerima urutan oleh tukang urut.

“Selain enam wanita masing-masing tiga warga Indonesia, dua Vietnam dan seorang Indonesia, kita menahan seorang lelaki tempatan iaitu penjaga kaunter premis itu bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas tiga botol minyak urut dan tiga helai tuala untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati pusat urut itu hanya menawarkan khidmat urutan tradisiona­l dan tiada membabitka­n tawaran seks,” katanya memaklumka­n premis itu sudah tiga kali diserbu.

Kata Shamsul, kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1964 dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? ANTARA wanita yang bekerja di premis terbabit.
ANTARA wanita yang bekerja di premis terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia