Harian Metro

Rampasan barangan ciplak cecah RM1 juta

-

Jaya: Rampasan barang ciplak dilaporkan antara yang tertinggi dilakukan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Petaling Jaya dengan 58 kes bermula Januari hingga kelmarin, membabitka­n nilai rampasan hampir RM1 juta.

Ketua Penguatkua­sa KPDNKK Petaling Jaya Kamaruddin Md Yassin berkata, 25 daripada 58 kes yang diterima tahun ini diselesaik­an dengan bayaran kompaun dikenakan setakat ini ialah RM22,600 manakala 33 kes masih dalam siasatan.

“Dua puluh enam peniaga yang menjual barang tiruan ini dikenakan kompaun serta merta atas kesalahan dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

“Selain itu, Akta Hak Cipta 1987 adalah kes kedua yang mencatatka­n rampasan tertinggi iaitu RM153,205 dengan tujuh kes dilaporkan di kawasan Petaling Jaya dan dua kes sudah diselesaik­an, ada individu didenda RM16,000 atas kesalahan dilakukan,” katanya selepas pemeriksaa­n Skim Kawalan Harga sempena Deepavali di Pasar Besar Jalan Othman di sini, kelmarin.

Kamaruddin berkata, setakat kelmarin, 6,620 premis di Petaling Jaya diperiksa dan 145 dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta KPDNKK.

Katanya, nilai sitaan yang dirampas RM12.8 juta dan RM56,800 kompaun dikeluarka­n, manakala sejumlah RM16,000 denda dikutip.

“Bahagian siasatan sudah melengkapk­an 40 kertas siasatan dan lima daripadany­a dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, pada pemeriksaa­n kelmarin, hanya seorang peniaga diberikan notis kerana gagal memaparkan tanda harga merah jambu pada kelapa parut yang dijual serta menggunaka­n tanda harga yang mengeliruk­an untuk semua produk yang dijual.

“Peniaga wanita itu diberikan notis dan dia boleh dikenakan kompaun maksimum RM5,000 dan denda RM10,000 atas kesalahan terbabit.

“Setakat ini kami memeriksa 705 premis runcit dan 48 kedai borong sepanjang Skim Kawalan Harga Deepavali yang bermula Jumaat lalu,” katanya.

 ??  ?? PENGUATKUA­SA KPDNKK membuat pemeriksaa­n harga barang sempena Skim Kawalan Harga Deepavali di Pasar Besar Jalan othman.
PENGUATKUA­SA KPDNKK membuat pemeriksaa­n harga barang sempena Skim Kawalan Harga Deepavali di Pasar Besar Jalan othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia