Harian Metro

Nikmati kemudahan Pantai Eco Park

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Taman Rekreasi Pantai Eco Park yang terletak di Pantai Dalam menjadi pilihan utama penduduk sekitar Projek Perumahan Rakyat untuk melakukan aktiviti riadah.

Pantai Eco Park yang dilengkapi empat gelanggang futsal, padang bola sepak, gelanggang tenis, sepak takraw, bola jaring, badminton dan trek joging itu mula dibuka kepada orang ramai secara percuma bermula jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Bagi Muhammad Izzat Hafizuddin Mohd Zamri, 12, dia bersyukur kerana taman rekreasi berkenaan hanya terletak di depan rumahnya dan memudahkan aktiviti mereka untuk beriadah.

“Jika sebelum ini, kami beriadah dalam keadaan tidak selesa berikutan ramai orang mahu menggunaka­n gelanggang futsal di PPR Cempaka kami, namun di taman rekreasi ini pelbagai kemudahan diberikan selain lokasinya cukup cantik,” katanya kepada Harian Metro.

Pendapat sama turut dikongsi Abdul Qayyum Hashan, 10, yang gembira apabila dapat menggunaka­n kemudahan bersukan di situ walaupun masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan taman rekreasi itu.

Pantai Eco Park seluas 12 hektar yang terletak di atas Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dibuka kepada orang awam secara percuma bagi memberi pilihan baru untuk melakukan aktiviti riadah.

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah situasi ditempuh seorang pemuda yang terselamat selepas tercampak dari jejambat setinggi lebih dua meter di Bulatan Simpang 5 menghala ke pusat bandar ini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.49 tengah hari itu, mangsa, Choy Kian Chuan, 23, dilaporkan patah kaki kiri manakala

 Lelaki patah kaki kereta hilang kawalan rempuh besi penghadang jalan

kereta Proton Wira dipandunya masih berada di atas jejambat terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu bersendiri­an datang dari arah Pelabuhan Klang.

“Setibanya di jejambat itu, mangsa bagaimanap­un dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di kawasan berkenaan.

“Ia mengakibat­kan mangsa kemudian tercampak keluar dari kereta berkenaan lalu jatuh ke Bulatan Simpang 5 terbabit,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemeriksaa­n awal mendapati lelaki itu mengalami patah kaki dan keadaan keretanya remuk teruk di bahagian depan,” katanya.

Kata Shamsul, siasatan masih dijalankan pihaknya berikutan waris mangsa setakat ini belum membuat laporan mengenai kemalangan itu.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan mangsa yang remuk selepas hilang kawalan berhampira­n Bulatan Simpang 5, Klang.
KEADAAN kenderaan mangsa yang remuk selepas hilang kawalan berhampira­n Bulatan Simpang 5, Klang.
 ??  ?? PANTAi Eco Park mempunyai pelbagai kemudahan demi keselesaan penduduk.
PANTAi Eco Park mempunyai pelbagai kemudahan demi keselesaan penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia