Harian Metro

Ekonomi lembap gugat sasaran BTP

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

 Bioeconomy Corporatio­n cadang semak semula unjuran

Malaysia Bioeconomy Corporatio­n Sdn Bhd (Bioeconomy Corporatio­n) bercadang untuk menyemak semula sasaran dan agenda Program Transforma­si Bioekonomi (BTP) yang bakal berakhir pada 2020 berikutan cabaran ekonomi semasa.

BTP yang diperkenal­kan pada 2005, kini mencapai kemajuan pada fasa ketiga yang berlangsun­g antara 2016 hingga 2020. Namun, agensi di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu melihat sasaran yang diletakkan seperti kemasukan pelaburan RM50 bilion, 170,000 peluang pekerjaan dan RM48 bilion sumbangan industri bioteknolo­gi kepada ekonomi menjelang 2020 tidak lagi releven dengan situasi semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zin berkata, beliau yang baru dilantik memegang jawatan berkenaan sejak 1 Ogos lalu melihat angka pelaburan terkumpul antara 2005 hingga 2016 misalnya memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencapai sasaran RM50 bilion.

Beliau berkata, situasi semasa seperti kelembapan ekonomi global dan kejatuhan harga minyak mentah serta komoditi turut menjadi faktor sasaran berkenaan perlu disemak semula bagi menjadikan­nya lebih relevan.

“Perkara utama yang akan dikaji semula adalah tarikan pelaburan kerana ia perlu lebih sesuai dengan keadaan semasa dan apabila sektor ini disemak semula, sudah tentu perlu ada perubahan kepada sasaran peluang pekerjaan dan sumbangan industri kepada ekonomi negara.

“Kami akan umumkan agenda dan unjuran angka tiga perkara utama di dalam perkembang­an bioekonomi Malaysia yang membabitka­n tarikan pelaburan, peluang pekerjaan dan sumbangan industri kepada ekonomi menjelang 100 hari saya memegang jawatan ini,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Menerusi agenda BTP terdahulu, ia menggarisk­an tiga fasa pembanguna­n industri bioekonomi negara iaitu bermula 2005 hingga 2010 yang menggarisk­an kepada pembinaan kapasiti, fasa kedua antara 2011 hingga 2015 membabitka­n sains kepada perniagaan dan fasa ketiga bermula 2016 hingga 2020 ke arah perniagaan global.

Mohd Shuhaizam berkata, bagaimanap­un Bioeconomy Corporatio­n tetap meneruskan beberapa agenda sedia ada antaranya memberi fokus kepada perniagaan global dengan menyasarka­n untuk menerokai sekitar RM42 juta (USD10 juta) penguasaaa­n pasaran dalam bioteknolo­gi pertanian dan sumber boleh diperbahar­ui global bermula tahun depan.

Katanya, Malaysia mempunyai kekuatan dalam sektor pertanian dan pihaknya akan menggalakk­an lebih ramai pemain industri tempatan untuk menerokai pasaran global sektor berkenaan pada tahun depan.

“Sekurang-kurangnya kita mampu untuk menerokai 25 hingga 30 peratus daripada penguasaan pasaran berkenaan pada peringkat permulaan dan ia akan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

 ?? Dr Mohd Shuhaizam ?? Kami tetap meneruskan beberapa agenda sedia ada antaranya memberi fokus kepada perniagaan global”
Dr Mohd Shuhaizam Kami tetap meneruskan beberapa agenda sedia ada antaranya memberi fokus kepada perniagaan global”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia