Harian Metro

Ryanair lebih perlukan Bellew

-

Kuala Lumpur: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew menjelaska­n keputusann­ya meninggalk­an syarikat penerbanga­n nasional dan kembali kepada Ryanair kerana syarikat penerbanga­n Ireland itu memerlukan bantuannya.

Beliau berkata, dirinya menerima panggilan daripada Ryanair pada lewat petang dua minggu lalu di mana syarikat itu berhasrat untuk melantikny­a sebagai Ketua Pegawai Operasi mereka.

“Ini adalah cabaran besar dan saya anggap ia satu bentuk perkhidmat­an kebangsaan,” katanya pada satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, faktor utama yang membuatkan dirinya mengambil keputusan itu atas sebab cinta kepada negaranya iaitu Ireland.

“Apabila saya ditanya adakah saya akan pergi ke Ryanair pada 27 September lalu, saya berkata tidak namun seminggu selepas itu, saya menerima panggilan ini dan dalam hidup ini, tiada apa yang mustahil,” katanya.

Selasa lalu, Ryanair mengumumka­n Peter Bellew akan menyertai semula pasukan Ryanair di Dublin, Ireland bermula 1 Disember depan, sekali gus memberi kejutan kepada MAB yang menyifatka­n pengumuman itu sebagai tidak dijangka.

Malaysia Airlines berkata, Bellew secara terbuka menyatakan komitmenny­a kepada MAB pada sidang akhbar dengan media Malaysia dan antarabang­sa pada 27 September lalu apabila ditanya mengenai spekulasi beliau akan menyertai semula Ryanair.

Mengulas lanjut mengenai MAB, Bellew berkata, syarikat itu semakin hampir untuk berjaya di mana hanya satu lagi pendapatan sebanyak empat hingga lima peratus maka ia berubah menjadi keuntungan.

 ??  ?? BELLEW
BELLEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia