Harian Metro

Revolusi industri spa

 Idospa bangun aplikasi mudahkan orang ramai dapatkan khidmat dalam talian

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Sebanyak 2,500 spa

dijangka boleh didapati menerusi idospa dalam tempoh enam bulan

pertama

Idospa Sdn Bhd optimis mencapai AS$32.4 juta nilai tempahan spa setahun bagi pasaran Malaysia, Thailand dan Indonesia menerusi pengenalan platform tempahan dalam talian idospa.

Aplikasi idospa dibangunka­n untuk memudahkan orang ramai mendapatka­n khidmat spa di negara ini dan di bandar utama seluruh Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Idospa Sdn Bhd, Ben Chua berkata, pihaknya membangunk­an idospa Malaysia yang boleh dimuat turun menerusi Android dan iOS.

Katanya, bagi tempoh enam bulan pertama, pihaknya menjangka 2,500 spa boleh didapati menerusi idospa.

“idospa adalah platform mudah alih yang senang digunakan pelanggan dan pemilik spa apabila mereka boleh menyediaka­n perkhidmat­an lebih komprehens­if untuk pelanggan di hujung jari. “Kami yakin industri spa akan terus meningkat dan menyumbang kepada sektor pelanconga­n negara dan idospa akan dikembangk­an di seluruh ASEAN secara berperingk­at,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi idospa, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegarah Pelanconga­n Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab.

Menurutnya, tahun ini sektor hospitalit­i dan pelanconga­n dijangka kekal menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, platform idospa dijangka mampu menarik kehadiran pelancong ke spa dan pusat kesihatan berhampira­n mereka.

 ??  ?? CHUA (kiri) bersama Mirza melancarka­n idospa di Kuala Lumpur, semalam.
CHUA (kiri) bersama Mirza melancarka­n idospa di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia