Harian Metro

Syor khidmat ICT bebas GST

-

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia memerlukan lebih banyak alat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mampu dimiliki dalam usaha meletakkan negara ini sebagai peneraju era digital, kata

Persatuan Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat Malaysia (PIKOM) yakin keperluan rakyat mempunyai lebih banyak alat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mampu milik dapat meletakkan negara sebagai peneraju era digital.

PIKOM dalam kenyataan berkata, pihaknya menggesa kerajaan dalam Bajet 2018 menyediaka­n perkakasan dan perisian pada harga berpatutan dalam usaha mewujudkan negara berpendidi­kan dan bermakluma­t selari dengan era digital baru.

“Kami mencadangk­an produk dan perkhidmat­an ICT bebas daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an terutama untuk barang mahal seperti komputer riba dan telefon pintar.

“Malah, pelepasan cukai tahunan RM3,000 perlu diberikan untuk komputer peribadi, tablet dan telefon pintar,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Persatuan itu menggesa kerajaan memperkena­lkan semula Skim Komputer Peribadi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan mengurangk­an harga jalur lebar agar setanding negara lain.

Mengulas lanjut, PIKOM berharap Bajet 2018 dapat merangsang penggunaan lebih tinggi penggunaan dan pelaksanaa­n ICT dalam perkhidmat­an kerajaan bagi meningkatk­an penyampaia­n khidmat awam serta mengurangk­an kos operasi dan bertindak sebagai pemangkin dan perangsang keyakinan sektor swasta.

“Kerajaan perlu meningkatk­an penggunaan teknologi ICT seperti awan awam dengan skala hiper, analisis canggih, mudah alih, sosial, kepintaran buatan, Internet Segalanya dan rantaian blok,” katanya.

Selain itu, persatuan itu berharap kerajaan meningkatk­an insentif cukai korporat kepada syarikat yang memberi biasiswa untuk kursus sains komputer, kejurutera­an perisian serta kursus berkaitan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik.

“Peningkata­n insentif cukai korporat perlu diberikan kepada syarikat yang melatih kakitangan dalam bidang teras kritikal,” katanya.

 ??  ?? PENGGUNAAN meluas teknologi ICT dalam kalangan pelajar dapat mewujudkan negara bermakluma­t dan berpendidi­kan.
PENGGUNAAN meluas teknologi ICT dalam kalangan pelajar dapat mewujudkan negara bermakluma­t dan berpendidi­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia