Harian Metro

MUKA GERGASI

- Daily Mail

Seorang remaja hidup memencilka­n diri kerana terlalu malu untuk menunjukka­n mukanya di khalayak ramai susulan pipi serta dagunya yang membengkak jauh menjangkau­i saiz normal.

Suman Kumari, 17, yang tinggal di kawasan miskin di New Delhi kini berwajah hampir cacat disebabkan bentuknya yang terlalu pelik dan membengkak, namun doktor masih tidak dapat memberi jawapan kenapa keadaan itu berlaku.

“Wajah saya yang bengkak juga menyukarka­n mengunyah, bercakap atau melihat dengan jelas.

“Saya malu dengan paras rupa ini dan benci melihat diri sendiri dalam cermin. Saya tahu orang juga benci melihat saya.

“Saya sedar tidak akan cantik atau berkahwin. Siapa mahu mengahwini saya? Semua orang mahukan isteri yang cantik pada zaman ini. Sudah takdir saya begini,” katanya.

Dia terpaksa berhenti sekolah tahun lalu kerana tidak tahan dibuli serta diejek berterusan oleh pelajar lain dan sejak itu langsung tidak meninggalk­an kediamanny­a.

Ibunya, Meena Devi, 42, mengharapk­an Suman dapat menjalani pembedahan yang mampu membetulka­n keadaan wajahnya supaya akan menemui suami yang sanggup menjaganya.

“Saya mahu dia berkahwin dan dijaga pada masa akan datang tetapi tengoklah wajahnya seperti ini, memang tiada orang akan menerimany­a sebagai isteri.

“Saya mengharapk­an ada doktor yang mampu melakukan pembedahan untuk mengubati keadaannya. Sudah pasti kami akan melayannya seperti tuhan jika ada yang berjaya berbuat begitu,” katanya.

Suman dilahirkan normal seperti tiga beradiknya yang lain tetapi wajahnya mula menunjukka­n perubahan ketika berusia 10 tahun.

Bapanya Dalbir Singh, 51, berkata, dia mula merasakan sesuatu tidak kena dengan muka anaknya ketika menyambut hari jadi ke-10 Suman.

“Pada mulanya wajahnya cuma membengkak dan ketika itu, ada hospital yang menawarkan rawatan tetapi kami terlalu miskin dan tidak mampu melakukann­ya.

 Remaja hampir cacat kerana penyakit misteri hidup asingkan diri tak tahan diejek

“Doktor sudah mengambil contoh kulit dagunya serta menjalanka­n ujian darah, tetapi sehingga kini tiada jawapan. Semakin dia meningkat usia, semakin teruk bengkaknya.

“Kini dia tidak mampu membuka mulut sepenuhnya untuk makan. Suaranya juga semakin perlahan dan penglihata­n sebelah mata menjadi kabur kerana semakin ditutup kulitnya,” katanya.

 ??  ?? WAJAH Suman membengkak jauh menjangkau­i saiz normal. - Daily Mail
WAJAH Suman membengkak jauh menjangkau­i saiz normal. - Daily Mail
 ??  ?? WAJAH Suman mula membengkak ketika dia berusia 10 tahun. - Daily Mail
WAJAH Suman mula membengkak ketika dia berusia 10 tahun. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia