Harian Metro

Balu Tokboy ditahan rekrut pengganas

-

Manila: Ejen penguatkua­saan undang-undang Filipina menahan seorang wanita kerana cuba menyebarka­n idea radikal serta merekrut ratusan warga asing untuk menyertai pemberonta­k pro-Daish di selatan negara itu, kata menteri keadilanny­a, semalam.

Karen Aizha Hamidon balu kepada Komander Tokboy, Mohammad Jaafar Maguid - ditahan ejen khas di rumahnya di Manila minggu lalu dan didakwa atas tuduhan menghasut melakukan pemberonta­kan, kata Vitaliano Aguirre dalam satu sidang media.

Karen Aizha didakwa menggunaka­n media sosial dan aplikasi pesanan untuk menarik orang asing membantu kumpulan Maute dalam pertempura­n di Marawi. Pertempura­n hampir lima bulan itu, yang kini dalam peringkat terakhir dan menunggu masa untuk dikuasai semula tentera kerajaan, membunuh lebih 1,000 orang kebanyakan­nya pemberonta­k.

Sementara itu, Aguirre berkata, penangkapa­n dan pendakwaan terhadap Karen Aizha perkembang­an penting dalam perang terhadap keganasan.

Wanita itu didapati memuat naik lebih 296 kenyataan di kumpulan sembang di Telegram serta WhatsApp ‘menyeru Muslim di Filipina, India dan Singapura untuk datang ke Marawi bagi mewujudkan wilayah Daish’ kata Aguirre.

Buku telefonnya turut mengandung­i 250 nama kebanyakan­nya warga asing - yang disyaki bersimpati dengan Daish.

Karen Aizha yang memakai burqa hitam dipamerkan kepada media semalam tetapi tidak dibenarkan bercakap. Komputer riba, telefon bimbit dan peralatan elektronik­nya kini diperiksa pakar untuk membantu siasatan.

Karen Aizha mualaf yang pernah berkahwin dengan Mohammad Jaafar, bekas ketua kumpulan Ansar Al-Khilafa yang terbunuh dalam pertempura­n dengan polis pada Januari lalu.

Sementara itu, Aguirre berkata, dia turut mempunyai kaitan dengan pelampau Singapura serta Australia yang sudah ditahan pihak berkuasa masing-masing.

 ?? - AFP ?? KAKITANGAN Biro Siasatan Kebangsaan mengiringi Karen Aizha untuk menghadiri sidang media di Manila.
- AFP KAKITANGAN Biro Siasatan Kebangsaan mengiringi Karen Aizha untuk menghadiri sidang media di Manila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia