Harian Metro

Tragedi pasar raya

 Askar curang tembak isteri hamil enggan kembali kepadanya

-

Seorang askar ditahan selepas menembak mati isterinya yang hamil di sebuah pasar raya selepas wanita itu meminta diceraikan.

Sirinporn Chumboonch­u, 40, berpisah daripada suaminya Pichet, 41, awal bulan ini selepas mendapat tahu lelaki itu mempunyai teman wanita dan meninggalk­an kediaman mereka di Kanchanabu­ri untuk tinggal bersama keluargany­a di Udon Thani.

Bagaimanap­un, Pichet mengekorin­ya sebelum menembakny­a tiga kali di belakang di khalayak ramai pada jam 2 petang, Jumaat

lalu selepas menemuinya membeli barang dapur di pasar raya berkenaan.

Dia dilaporkan berang kerana mangsa enggan kembali kepadanya. Sirinporn meninggal dunia di hospital beberapa jam kemudian.

Pichet turut ditembak di dada tetapi polis percaya itu bukan cubaan membunuh diri, sebaliknya pistolnya tersekat ketika dia melepaskan tembakan.

Kejadian itu turut mengakibat­kan kecederaan terhadap seorang budak lelaki, Kumpoon Poonitanit­rat, tujuh, dan pekerja pasar raya Phothisawa­n Rudda, 32. Phothisawa­n dilaporkan masih dalam keadaan kritikal di Hospital Udon Thani.

Sementara itu, saksi, Tung Kottanasor­n berkata, keadaan menjadi kelam-kabut selepas Pichet melepaskan tembakan dengan pistol automatik 9mm menyebabka­n pengunjung bertempiar­an melarikan diri.

“Semua orang menjerit, ada yang berlari dan ada yang terus meniarap atas lantai.

“Beberapa orang turut berlari ke arah wanita berkenaan untuk cuba menyelamat­kannya. Ini kejadian paling mengerikan sepanjang hidup saya, tidak ubah seperti filem Amerika.

“Saya menyangka ada rompakan,” katanya.

Sementara itu, Inspektor Polis Wilayah Udon Thani, Kolonel Suchat Uthayo berkata, Pichet ditahan atas tuduhan bunuh dan membawa senjata api di khalayak ramai.

 ??  ?? PICHET juga cedera dalam kejadian itu. - Daily Mail ORANG ramai berusaha membantu Sirinporn, namun wanita itu diisytihar­kan mati di hospital. - Daily Mail
PICHET juga cedera dalam kejadian itu. - Daily Mail ORANG ramai berusaha membantu Sirinporn, namun wanita itu diisytihar­kan mati di hospital. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia