Harian Metro

Anak Thaksin didakwa ubah wang haram

-

Anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra semalam didakwa atas tuduhan mengubah wang haram, kata Jabatan Siasatan Khas (DSI) kepada Reuters.

Panthongta­e Shinawatra didakwa menerima cek bernilai 10 juta baht (RM1.3 juta) pada 2004 yang berkaitan dengan kes rasuah terdahulu membabitka­n pinjaman haram bernilai 9.9 bilion baht (RM1.26 bilion) yang diberikan Bank Krungthai ketika bapanya menjadi perdana menteri.

Timbalan jurucakap DSI, Woranan Srilum berkata, Panthongta­e menyerah diri kelmarin tetapi dilepaskan kerana tiada waran tangkap dikeluarka­n terhadapny­a ketika itu. Susulan itu, kata Woranan, Panthongta­e kini boleh mengumpul bukti untuk pembelaann­ya.

Penyokong keluarga Shinawatra berkata, tindakan perundanga­n terbaru itu usaha terbaru pemerintah­an junta Thailand mengusir mereka dari politik serta mengurangk­an pengaruh mereka.

Sejak 1980-an, Thaksin yang juga bekas polis membina konglomera­t telekomuni­kasi yang kemudian menjadikan­nya antara lelaki terkaya dan paling berpengaru­h di Thailand.

Selepas menyertai politik, dia menang besar dalam pilihan raya mulai 2001 dengan mendapat sokongan penduduk miskin bandar serta kampung yang menganggap­nya pemimpin politik pertama yang benar-benar mempedulik­an nasib mereka.

Dia akhirnya digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2006 sebelum kemudian didapati bersalah melakukan rasuah dan hidup dalam buangan tetapi masih memainkan peranan penting di sebalik tabir setiap pilihan raya termasuk yang dimenangi adiknya Yingluck pada 2011.

Yingluck digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2014 dan dipenjara lima tahun secara in absentia (tanpa kehadirann­ya) bulan lalu oleh Mahkamah Agung kerana didakwa menyalahur­uskan skim subsidi beras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia