Harian Metro

Ustaz dikait kes bunuh model

-

Multan (Pakistan): Polis Pakistan menangkap seorang ustaz terkenal semalam kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan bintang media sosial Qandeel Baloch tahun lalu.

Model itu pernah disamakan dengan Kim Kardashian dan menjadi terkenal kerana swafoto seksinya ditemui mati dicekik, Julai tahun lalu. Abangnya Muhammad Waseem mengaku membunuhny­a tetapi kesnya masih belum dibicaraka­n.

Muhammad dalam satu sidang media beberapa hari selepas pembunuhan itu mengaku melakukann­ya dan tidak menyesal atas perbuatan berkenaan kerana menganggap sikap adiknya memalukan.

Pendakwa sebelum ini menggesa Mufti Abdul Qavi turut ditangkap untuk kes itu selepas rekod telefonnya menunjukka­n dia berhubung dengan Muhammad selepas terkait kontrovers­i dengan Qandeel.

Abdul Qavi dipecat daripada jawatannya dalam jawatankua­sa kerajaan dan dikecam majlis hal ehwal agama selepas Qandeel menyiarkan gambar bersamanya dalam bilik hotel hanya beberapa minggu sebelum kematianny­a.

Qandeel kemudian menyelar Abdul Qavi sebagai ‘mencemar nama Islam’ dan menuduhnya bersikap tidak senonoh.

Ketika itu Qandeel dilaporkan memberitah­u AFP: “Saya mahu mendedahka­n siapa dia sebenarnya. Dia berbeza bila kita bersendiri­an berbanding jika ada pengikutny­a.”

Pendakwa Ziaur Rehman berkata, rekod telefon Abdul Qavi menunjukka­n dia berhubung dengan Muhammad dan sepupu Qandeel Haq Nawaz yang turut dituduh bersubahat membunuhny­a.

Mahkamah semalam metarik balik jaminan Abdul Qavi dan mengarahka­nnya direman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia