Harian Metro

Buru militan, bahan letupan

-

Raqa (Syria): Askar dari pakatan tentera disokong Amerika Syarikat (AS) semalam mencari mangsa terselamat serta bom di celah runtuhan bangunan Raqa, sehari selepas merampas semula bandar berkenaan yang sebelum ini dianggap ‘pusat pentadbira­n’ Daish di Syria.

Serangan terakhir oleh Pasukan Demokratik Syria, Selasa lalu, berjaya meruntuhka­n pertahanan kumpulan militan seterusnya membolehka­n mereka mengisytih­arkan kemenangan antara yang paling penting dalam perang tiga tahun terhadap Daish.

Pejuang SDF yang mengibarka­n bendera kuning Kurdis memburu anggota militan yang bersembuny­i di hospital utama dan stadium Raqa seterusnya mengakhiri kempen lebih empat bulan di situ sebelum menyambut kemenangan mereka di bulatan yang diberi gelaran ‘Lingkaran Neraka’ kerana menjadi lokasi pelaksanaa­n hukuman bunuh selama kehadiran Daish.

Jurucakap SDF Mustefa Bali sementara itu berkata, tugasan mereka masih belum selesai kerana perlu memastikan keadaan selamat dengan membuang sebarang jerangkap samar atau letupan ditinggalk­an Daish.

“Sebaik semuanya selamat kami boleh membuka semula bandar ini,” katanya.

SDF dan perkhidmat­an risikan Kurdis mengeluark­an arahan melarang puluhan ribu keluarga dari Raqa kembali ke kediaman me- reka sebelum keadaan diisytihar­kan selamat.

Kejatuhan Raqa ke tangan SDF itu bererti Daish kini cuma memiliki sedikit kawasan antara sempadan Iraq-Syria yang cuma secebis ‘wilayah’ diumum miliknya pada Julai 2014.

Selasa lalu, pakatan tentera AS yang menyokong pertempura­n anti-Daish di Iraq serta Syria berkata, kumpulan militan itu sudah kehilangan 87 peratus wilayah dirampasny­a tiga tahun lalu.

Raqa antara kubu terpenting Daish untuk penyebaran propaganda serta operasi ketenteraa­nnya, dengan beberapa serangan berprofil tinggi di Barat - seperti pembunuhan beramai-ramai di Paris pada 2015 dipercayai dirancang di bandar itu. - AFP Khost (Afghanista­n): Taliban melancarka­n dua serangan berani mati terhadap pasukan keselamata­n Afghanista­n Selasa lalu yang sehingga semalam dilaporkan meragut 80 nyawa dengan hampir 300 orang cedera, dianggap kejadian paling berdarah di negara itu sejak lima bulan lalu.

Serangan paling buruk dilancarka­n di pekarangan polis di bandar Gardez, wilayah Paktia, apabila anggota Taliban yang menyamar sebagai anggota keselamata­n meletupkan tiga kenderaan dipenuhi letupan - termasuk sebuah trak dan Humvee seterusnya membolehka­n 11 lelaki bersenjata merempuh masuk.

Sekurang-kurangnya 60 orang termasuk Ketua Polis Paktia Toryalai Abdyani serta orang awam yang menunggu mengambil dokumen terbunuh dalam letupan dan pertempura­n berkenaan yang berlangsun­g lima jam, kata timbalan pengarah kesihatan Gardez Hedayatull­ah Hamidi.

Katanya, kira-kira 236 orang turut cedera dalam kejadian itu.

Jurucakap gabenor Paktia, Abdullah Hasrat berkata: “Pos kawalan pertama premis itu diletupkan bom trak. Dua lagi kenderaan kemudian memasuki pekarangan itu dengan satu meletup berhampira­n pos kawalan kedua, manakala yang ketiga merempuh pejabat ketua polis yang menyebabka­n dia serta pengawal peribadi terbunuh.”

Menurutnya, militan terbabit memakai seragam polis dan membawa pengenalan diri polis palsu - taktik biasa untuk pemberonta­k menyelinap masuk ke premis kerajaan serta keselamata­n.

Jurucakap polis Sardar Wali Tabasum berkata, dua anggota keselamata­n ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan itu seterusnya membayangk­an penyerang dibantu orang dalam.

Sementara itu, serangan kedua berlaku di wilayah bersebelah­an, Ghazni dengan 20 orang maut merangkumi 15 anggota keselamata­n dan lima orang awam.

Empat puluh enam orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu manakala enam penyerang terbunuh selepas menggunaka­n taktik sama meletupkan kenderaan sebelum merempuh bangunan.

Ia kejadian terburuk di Afghanista­n sejak 31 Mei lalu apabila sebuah lori dipenuhi 1,500 kilogram letupan diletupkan di kawasan diplomatik di ibu negara, Kabul, yang membunuh 150 orang dan mencederak­an ratusan lain. - AFP

 ??  ?? PEJUANG dan orang ramai menyambut kekalahan Daish di Raqa. - AFP
PEJUANG dan orang ramai menyambut kekalahan Daish di Raqa. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia