Harian Metro

Ibu bapa jahanam

- AFP

 Suami isteri didakwa dera mati tiga anak dalam tempoh lima tahun

Sepasang suami isteri didakwa atas tuduhan mendera dan membunuh tiga anak mereka yang mayat ditemui di lokasi berbeza dalam kejadian jenayah yang mengejutka­n Taiwan.

Bapa terbabit yang hanya dikenali sebagai Lee, mengaku memukul dua anak lelakinya berusia tujuh tahun dan 10 bulan sebelum mangsa meninggal dunia, kata pendakwa dalam satu kenyataan semalam.

Dia didakwa atas tuduhan mengakibat­kan kecederaan yang membawa kepada kematian, manakala ibu kanak-kanak terbabit dituduh mengabaika­n mereka sehingga menyebabka­n kematian. Kedua-duanya berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Seorang lagi anak, bayi perempuan berusia enam bulan, meninggal dunia atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Lee, 37, menafikan mendera bayi itu.

Dia dan isterinya yang bernama Chen, 33, terlepas tuduhan bunuh selepas Lee mendakwa ‘dia tidak menyangka’ anaknya akan mati, kata jurucakap pejabat pendakwa Huang Yi-hua.

“Lee mendakwa dia cuma mahu mengajar anak-anaknya apabila mereka menjerit dan menangis,” katanya.

Kes itu bagaimanap­un mencetuska­n kemarahan awam dengan ramai menggesa mereka dikenakan hukuman mati, yang boleh dilaksanak­an untuk kes berat di Taiwan.

Media tempatan menggambar­kan pasangan itu sebagai ‘ibu bapa yang tidak berhati perut’ dan pelbagai komen ditinggalk­an orang di portal berita menyuaraka­n kemarahan mereka termasuk ada yang menganggap mereka binatang yang sepatutnya ditembak mati.

Menurut pendakwa, Lee penganggur dan kaki botol. Semua kanak-kanak itu meninggal dunia antara 2008 hingga 2013 ketika pasangan berkenaan melarikan diri daripada ditangkap kerana tuduhan curi dan tipu sebelum ditahan tahun lalu.

Mereka dilaporkan mengebumik­an anak yang berusia tujuh tahun di Yunlin iaitu tempat asal Lee. Mayat bayi perempuan mereka ditemui ditanam di halaman belakang rumah bapa Lee. Susulan itu, bapa Lee didakwa membantu melupuskan mayat cucunya.

Mayat anak berusia 10 bulan pula ditemui di Taoyuan. Seorang lelaki Switzerlan­d mula dibicaraka­n semalam atas dakwaan merisik lembaga hasil dalam negeri Jerman untuk mendapat maklumat bagaimana ia memperoleh butiran akaun bank Swiss rahsia oleh rakyat Jerman bagi mengelak membayar cukai.

Pendakwa Jerman mengesyaki lelaki yang cuma dikenali sebagai Daniel M, 5, merisik terhadap lembaga hasil dalam negeri Rhine-Westphalia Utara (NRW), Jerman, serta kakitangan­nya selama hampir empat tahun sehingga Februari 2015.

Dia ditahan April lalu kerana disyaki cuba mendapatka­n maklumat cara negeri Jerman memperoleh cakera padat (CD) mengandung­i butiran akaun bank dipegang secara rahsia di

Switzerlan­d oleh rakyatnya yang mahu mengelak membayar cukai.

Kes itu mencetuska­n kemarahan Jerman, tetapi pihak berkuasa Switzerlan­d mempertaha­nkan usaha mereka mematahkan usaha mencuri rahsia perniagaan mereka.

Pejabat pendakwa persekutua­n Jerman berkata, tertuduh turut menghimpun­kan maklumat peribadi mengenai penyiasat percukaian negeri supaya pihak berkuasa Switzerlan­d boleh mendakwa mereka yang terbabit dalam pembelian CD maklumat cukai.

Menurutnya, lelaki itu menerima hampir 13,000 euro (RM65,000) hasil tugasannya itu dengan 10,000 euro (RM49,600) diserahkan kepada firma keselamata­n Jerman yang membantuny­a mendapatka­n maklumat berkenaan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia