Harian Metro

TAK LUPA DIRI

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

 Tana teruja sambut perayaan Pesta Cahaya bersama keluargany­a

Faktor semakin terkenal tidak sesekali mengubah prinsip hidup atlet olahraga negara, M Tanalaksiu­my yang masih lagi meraikan Deepavali dengan penuh sederhana.

Hakikatnya, selepas membantu kuartet 4x400 meter negara meraih gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), nama atlet berusia 23 tahun itu melonjak secara mendadak apatah lagi dia juga salah seorang finalis Miss Universe Malaysia 2017.

Namun, Tanalaksiu­my yang lebih mesra dengan panggilan Tana lebih suka merendah diri sambil mengaku begitu teruja untuk menyambut perayaan Pesta Cahaya kali ini bersama keluargany­a.

“Sudah tentu perayaan kali ini lebih bermakna kerana sudah dua tahun saya tidak dapat pulang meraikanny­a bersama keluarga kerana komitmen latihan dan kejohanan.

“Bagaimanap­un, saya masih orang yang sama dan saya fikir status sebagai finalis Miss Universe Malaysia 2017 dan atlet olahraga hanya gelaran.

“Malah, kami juga mengekalka­n prinsip yang sama untuk Deepavali kali ini iaitu meluangkan masa bersama keluarga tanpa memikirkan sangat mengenai hiasan rumah atau pakaian baru,” katanya.

Jelas Tana, walaupun semakin sibuk tetapi dia tidak berdepan masalah untuk membahagik­an masa dalam memenuhi tuntutan sebagai pelajar, atlet dan model.

“Saya akan tengok apa yang paling penting... apapun, buat masa ini fokus saya lebih tertumpu kepada olahraga dan pelajaran,” katanya yang mensasarka­n tiket ke Sukan Asia 2018 di Indonesia tahun depan.

 ??  ??
 ??  ?? TANA (kiri) menerima restu daripada ayahnya Mahenthira­n.
TANA (kiri) menerima restu daripada ayahnya Mahenthira­n.
 ??  ?? TANA gembira selain menyambut Pesta Cahaya bersama keluarga.
TANA gembira selain menyambut Pesta Cahaya bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia