Harian Metro

Shello kerja keras tambat hati jurulatih

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemain tengah skuad hoki remaja negara, Shello Silverius mengaku terpaksa bekerja keras untuk mendapat tempat beraksi di Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di Johor yang dijadualka­n bermula Ahad ini.

Sambil mengaku berdepan saingan daripada pemain lebih berpengala­man seperti Norsyafiq Sumantri dan Amirul Hamizan Azahar, Shello, 18, bagaimanap­un tetap yakin semuanya terletak di tangan jurulatih.

“Sekarang ini semuanya ada enam pemain yang bersaing bagi posisi tengah... Hendak kata saya begitu yakin (untuk terpilih), saya sendiri pun tidak berani cakap.

“Tetapi, saya sedang cuba yang terbaik untuk memikat jurulatih sebab pada akhirnya keputusan akan dibuat oleh beliau,” katanya yang berharap dapat membuat penampilan sulung di SOJC.

Ketika ini, seramai 20 pelatih sedang menjalani latihan fasa kelima yang juga fasa akhir di Stadium Hoki Taman Daya sebelum ketua jurulatih, Wallace Tan menggugurk­an dua lagi pemain selepas ini.

Selain ketiga-tiga pemain itu, posisi tengah kini turut menjadi rebutan Muhammad Nursyahmi Zulkifli, Faiq Razin Zariq Idris dan Muhammad Izham Azhar.

Difahamkan, keputusan untuk mengesahka­n senarai barisan 18 pemain bagi skuad SOJC hanya akan diumumkan, Sabtu ini.

“Saya bersyukur sekiranya terpilih dan akan mengutip sebanyak mungkin pengalaman untuk meningkatk­an kualiti permainan saya,” kata Shello yang mewakili Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dalam Liga Hoki Remaja Malaysia.

Malaysia yang hanya pernah menjuarai SOJC pada edisi sulung 2011, akan membuka kempen kali ini menentang Great Britain (Ahad ini), diikuti India (23 Oktober), Jepun (25 Oktober), Amerika Syarikat (26 Oktober) dan Australia (28 Oktober).

Pada penyertaan tahun lalu, skuad remaja negara sekadar menamatkan saingan di tempat kelima selepas menewaskan New Zealand 4-1 dalam aksi klasifikas­i kelima dan keenam.

 ??  ?? SHELLO
SHELLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia