Harian Metro

Cungkil pemain berbakat

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

 Putrajaya FA anjur Liga Bola Sepak Putrajaya 2017, bulan ini

Demi melahirkan pemain muda berbakat dalam arena bola sepak, Putrajaya FA tampil dengan penganjura­n Liga Bola Sepak Putrajaya 2017, bulan ini.

Program itu julung kali diadakan di peringkat Wilayah Persekutua­n Putrajaya dan disertai 16 pasukan kelab yang berdaftar dengan pesuruhjay­a sukan dan beralamat di Putrajaya.

Liga itu dijalankan mengikut format yang diguna pakai oleh Liga Kuala Lumpur dan Selangor.

Majlis perasmian liga disempurna­kan Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga Penasihat Persatuan Bolasepak Putrajaya (Putrajaya FA), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya serta Presiden Putrajaya FA, Ahmad Faisal Abd Karim.

Sempena pelancaran Liga Bola Sepak Putrajaya 2017, penganjur turut mengundang pasukan veteran, BH Massa FC yang berpangkal­an di Bangsar untuk mengadakan perlawanan pertunjuka­n.

Menariknya, aksi itu turut disertai beberapa pemain Liga Super dan juga bekas pemain. Antaranya ialah bekas pemain Kuala Lumpur, Badrul Hanafi, Irwan Idrus (Kedah/ATM), Sabre Mat Abu (Negeri Sembilan/Kedah/PDRM) dan Bunyamin Omar (Selangor).

Perlawanan pertunjuka­n itu berkesudah­an dengan BH Massa FC mengalahka­n Pilihan Putrajaya FA 7-0.

Pengurus BH Massa FC, Mohd Omar menyifatka­n penganjura­n liga anjuran Purtajaya FA itu tepat pada

masanya kerana ia memberi ruang dan peluang kepada pemain muda untuk memperaga bakat masing-masing.

“Tahniah kepada penganjur kerana prihatin dan komited dalam usaha melahirkan pemain berbakat, kami menyokong apa juga usaha yang membabitka­n peringkat akar umbi,” katanya.

 ??  ?? EXCO FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (sepuluh dari kiri) bersama pemain pilihan Putrajaya dan pilihan BH Massa FC (jersi putih) di Stadium Mini Pancarona.
EXCO FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (sepuluh dari kiri) bersama pemain pilihan Putrajaya dan pilihan BH Massa FC (jersi putih) di Stadium Mini Pancarona.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia