Harian Metro

Gandingan Zaini, Choo Chiang hebat

- Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 20 petugas media tampil mengambil bahagian dalam CIMB Classic Media Golf Game 2017 anjuran CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) di TPC Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program bersama media itu diadakan sempena penganjura­n edisi kelapan ‘CIMB Classic 2017’ yang berlangsun­g di TPC Kuala

Lumpur di mana ia juga kejohanan profesiona­l kedua dalam jadual Jelajah PGA 2017-2018 yang menawarkan mata penuh FedExCup dan acara pertama diiktiraf Jelajah PGA Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, sokongan berterusan media dalam CIMB Classic bakal menjamin kejayaan penganjura­nnya kejohanan berkenaan dan pada masa sama, CIMB serta PGA memainkan peranan penting dalam pembanguna­n sukan golf di rantau ini.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada rakan media yang mengambil bahagian kali ini kerana kejayaan penganjura­n CIMB Classic tidak akan dicapai

tanpa sokongan media.

“Saya percaya ramai yang turut gembira untuk menyaksika­n edisi kelapan yang juga satu-satunya acara Jelajah PGA FedExCup di Asia Tenggara yang mana CIMB dan PGA memainkan peranan penting dalam pembanguna­n sukan golf di rantau ini,” katanya.

Dalam acara itu, tempat pertama kategori ‘Two Man Best Ball’ dimenangi gandingan Chuah Choo Chiang dan Zaini Salihin (64) diikuti Rasid Rahaman dan L Jaiarajo (68) serta Imran Mohd Nor dan Phuah Shew Beng (69).

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Zafrul dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset dan Pelaburan Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan bersama Tengku Zafrul (depan tiga dari kanan) dan Effendy (depan tiga dari kiri).
PESERTA bergambar kenangan bersama Tengku Zafrul (depan tiga dari kanan) dan Effendy (depan tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia