Harian Metro

Sri Mahkota atasi Uddingston

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Pasukan hoki Sekolah Sukan Negeri (SSN) Seri Kota, Melaka menewaskan kelab Uddingston, Scotland 4-2 pada aksi persahabat­an B-16 di Stadium Hoki Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit, baru-baru ini.

Pelawat yang hadir dengan reputasi besar, berjaya mendahului tuan rumah pada awal babak pertama sebelum SSN Seri Kota bangkit mencipta gol demi gol bagi memadam semangat juang lawan.

Perlawanan anjuran Majlis Sukan Politeknik (MSP) Malaysia itu adalah sebahagian program jalinan kerjasama (MOU) antara MSP dan Kelab Uddingston yang mengadakan siri jelajah hoki di negara ini.

Jurulatih SSN, Muhamad Rasul Khamis berkata, beliau menyokong usaha MSP yang mengadakan program sedemikian sekali gus memberi peluang kepada anak buahnya beraksi pada saingan kompetitif.

“Malah, kerjasama MSP dan kelab terbabit juga bakal memberi peluang kepada empat pemain dari Politeknik Malaysia beraksi di liga hoki Scotland.

“Ia satu pendedahan yang amat positif buat bakat baru hoki Malaysia. Kami menyokong usaha MSP menerusi agenda pembentuka­n pemain ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Uddingston, Ahmad Nizam Yusof berkata, skuad berkenaan berada di negara ini selama lebih seminggu dan turut mengadakan perlawanan persahabat­an di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Katanya, ia satu pendedahan baik buat pemainnya sekali gus membentuk keserasian bagi menghadapi liga di pelbagai peringkat usia di Scotland.

 ??  ?? NIZAM (tengah) bersama pemain kelab hoki Uddingston.
NIZAM (tengah) bersama pemain kelab hoki Uddingston.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia