Harian Metro

Day sasar duduki ranking pertama selepas ‘menyepi’

-

Jeju, Korea Selatan: Pemenang kejohanan utama, Jason Day berkata dia kini menyasarka­n untuk kembali menduduki ranking pertama dunia selepas penyakit kanser yang dialami ibunya sebelum ini menyebabka­n dia tidak mahu “berada di lapangan golf”.

“Mengetahui emak saya mengalami kanser adalah sangat sukar,” kata pemain Australia kepada pemberita menjelang Piala CJ di Jelajah PGA Amerika Syarikat yang bermula di Korea Selatan, hari ini.

“Saya tidak mempunyai datuk atau nenek. Saya tidak mempunyai ayah. Saya tidak ada sesiapa juga. Jika saya kehilangan ibu, apa yang saya ada hanyalah dua adik beradik saya,” kata pemain nombor sembilan dunia itu di Pulau Jeju.

“Menyedari kini bagaimana ibu saya berkorban ketika membesarka­n saya, ia memberi makna yang besar terhadap saya untuk berada bersamanya. Dan saya tak mahu berada di lapangan golf.

“Saya tahu jika dia meninggal dunia, saya mahu menghabisk­an sebanyak mungkin masa bersamanya,” katanya dengan suara yang penuh emosi. “Kerana saya hanya dapat berjumpa dia sekali setahun.

“Mujur, pembedahan

(gambar)

(pada Mac tahun ini) berjalan lancar semuanya dan kini saya boleh kembali fokus kepada golf.”

Selepas melakukan kejayaan major dengan memenangi Kejohanan PGA AS 2015, pemain berumur 29 tahun itu mencapai prestasi membanggak­an untuk mendaki di ranking teratas dunia.

Day masih pemain nombor satu dunia pada awal tahun ini tetapi dengan kemenangan terakhir yang dicatatnya adalah pada setahun setengah yang lalu di Kejohanan

Pemain-Pemain, rankingnya semakin menurun. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia