Harian Metro

LIVERPOOL ‘MAKAN BESAR’

- AFP

Maribor, Slovenia

 Reds tampil penyudah berbisa kecewakan Maribor di laman lawan

Roberto Firmino dan Mohamed Salah muncul sebagai watak penting ketika menjulang Liverpool meraih kemenangan besar, 7-0 ke atas Maribor pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Kemenangan itu mengurangk­an tekanan terhadap pengendali­nya, Jurgen Klopp ketika kehadiran Liverpool ke Slovenia turut dihimpit kritikan serta pelbagai persoalan mengenai kemampuan pasukan.

Namun, The Reds tampil dengan sentuhan

penyu-

dah berbisa untuk mengecewak­an Maribor di laman lawan.

Firmino membuka jaringan seawal minit keempat, diikuti gol kedua menerusi Philippe Coutinho pada minit ke-13, sebelum Salah menambah dua lagi (minit ke-19 dan ke-40) untuk memastikan babak pertama berakhir dengan empat gol.

Selepas aksi bersambung, Firmino sekali lagi menggegar gawang lawan pada minit ke-54, sambil Alex Oxlade-Chamberlai­n dan Trent Alexander-Arnold turut mencipta nama selaku penjaring

gol pada minit ke-86 dan

ke-90.

minit

Kemenangan pertama dalam saingan peringkat kumpulan itu membolehka­n Liverpool melonjak ke tangga teratas Kumpulan E, dengan meraih lima mata. Selepas hanya satu kemenangan dalam lapan perlawanan dalam semua kejohanan, kejayaan ini pastinya ia menjadi suntikan terbaik buat Klopp.

Minggu lalu, Liverpool yang mendominas­i perlawanan ketika menentang Manchester United dalam saingan Liga Perdana sekali lagi kecewa selepas hanya seri tanpa jaringan di laman sendiri.

“Sikap kami sangat luar biasa. Kami menjaringk­an gol yang hebat dan bermain bola sepak yang menarik,” kata Klopp selepas memastikan kemenangan terbesar buat Liverpool di pentas Eropah.

“Saya tahu akhirnya ia kelihatan seperti Maribor tidak cukup bagus tetapi ia bukan mudah. Ia persembaha­n yang cukup matang.”

 ??  ?? FIRMINO (kiri) menewaskan penjaga gol Maribor.
SALAH
FIRMINO (kiri) menewaskan penjaga gol Maribor. SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia