Harian Metro

City terus unggul teraju Kumpulan F

-

Manchester: Gol awal Raheem Sterling dan Gabriel Jesus menyaksika­n Manchester City mengekalka­n rentak kemenangan dalam kempen Liga Juara-Juara dengan menundukka­n Napoli 2-1, awal pagi semalam.

City meledak dua kali dalam tempoh 13 minit pertama di Stadium Etihad untuk menundukka­n pendahulu Serie A Itali, Napoli sekali gus mengukuhka­n kedudukan teratas Kumpulan F dengan kelebihan enam mata.

Pada pertemuan paling dinanti antara dua pasukan ‘paling tajam’ dalam kempen liga domestik di Eropah itu, City bermula baik apabila Sterling meledak gol pembukaan seawal minit kesembilan, sebelum Jesus menggandak­an kedudukan empat minit kemudian.

Namun, skuad kendalian Pep Guardiola turut dikenakan dua penalti yang satunya berjaya diselamatk­an apabila Ederson menggagalk­an sepakan Dries Mertens, namun penalti Amadou Diawara pada minit ke-73 berjaya menerjah gawangnya.

“Apabila menang 4-0, kamu akan kurang gugup berbanding menang 2-1,” kata Guardiola. “Tetapi saya menjangkak­an perkara itu.

“Tetapi saya tidak menyangka untuk mengawal permainan untuk 90 minit, kerana Napoli adalah pasukan yang cukup cemerlang.

“Kamu tidak boleh menewaskan Napoli jika tidak menampilka­n persembaha­n yang amat baik. Kami melakukann­ya dan saya amat gembira.”

Berbekal tiga kemenangan daripada tiga aksi, City tampak berada di landasan tepat untuk mara ke peringkat 16 terbaik sedangkan Napoli yang menang semua lapan aksi domestik perlu bergelut untuk mara selepas dipalit kekalahan kedua di peringkat Eropah.

Napoli perlu segera melupakan kekalahan kepada City apabila dijadual bertemu seteru, Inter Milan dalam saingan Serie A, Sabtu ini.

“Kami berdepan beberapa kesulitan menentang pasukan yang mencetuska­n kesukaran kepada sebarang pasukan ketika ini,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri.

“Tetapi kami berjaya bangkit dan tidak banyak pasukan berjaya melakukan seperti apa yang kami lakukan dan mencetus kesukaran buat City.” - AFP

 ??  ?? COUTINHO
COUTINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia