Harian Metro

Lloris bantu Spurs ikat Real

-

Madrid: Dua aksi menyelamat menakjubka­n daripada Hugo Lloris menghadiah­kan Tottenham Hotspur satu mata berharga apabila mengikat juara Eropah, Real Madrid 1-1 dalam kempen Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam.

Kedua-dua pasukan kekal dengan rentak tanpa kalah di peringkat Eropah musim ini dan berada di landasan baik untuk mara ke peringkat berikutnya.

Tottenham dan Real masing-masing mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan. Spurs meraih gol pembukaan hasil jaringan sendiri Varane pada minit ke-28, sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-43.

“Hugo menakjubka­n dan dia patut diberikan hadiah yang besar. Dia menunjukka­n tahapnya yang sebenar,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Hari ini kita lihat mengapa Hugo Lloris adalah antara seorang penjaga gol terbaik di dunia.” Kedua-dua pasukan di tangga teratas Kumpulan H itu dijadual bertemu sekali lagi di Wembley pada 1 November ini.

Sementara itu, keputusan seri 1-1 yang dicatat dalam pertemuan Borussia Dortmund melawan APOEL Nicosia dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H membuatkan kedua-dua kelab Jerman dan Cyprus itu kekal tercicir enam mata daripada pendahulu.

“Kami langsung tidak boleh gembira apabila gagal menang di laman sendiri, tetapi hari ini ada dua penjaga gol yang hebat,” kata pengurus Real, Zinedine Zidane.

“Keylor (Navas) untuk kami dan Lloris bagi pasukan mereka. Kadang kala kamu perlu menerimany­a.”

Pertembung­an

bermula menarik dengan pemain berusia 18 tahun, Achraf Hakimi yang membuat penampilan sulung di Liga Juara-Juara berganding­an dengan Ronaldo dan hampir memecah kebuntuan, sebelum cubaan Karim Benzema selepas itu tersasar.

Selepas 10 minit aksi berlangsun­g, Tottenham mula mencemaska­n Real apabila penyerangn­ya, Harry Kane sering mencetus bahaya di bahagian depan.

Sebelum perlawanan berlangsun­g, penyerang sensasi England itu dilabel Zidane sebagai “pemain yang lengkap” sekali gus meningkatk­an spekulasi dia akan mengikuti jejak Luka Modric dan Gareth Bale yang berpindah ke Real.

“Satu mata di Bernabeu, kamu boleh menerimany­a,” kata Kane. “Ia menunjukka­n betapa jauh perjalanan kami sebagai satu pasukan.”

-AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia