Harian Metro

Negara tandus pemain berkualiti

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Harimau Malaya perlu serap lebih ramai pemain muda

Pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap sukar buat skuad Harimau Malaya memperbaik­i kedudukan dalam ranking dunia sekiranya masih kekal dengan skuad ketika ini. Justeru, Kay Kim menjelaska­n, perubahan drastik perlu dilakukan dalam skuad

bimbingan Nelo Vingada termasuk menyerap lebih ramai pemain muda yang berkualiti ke dalam pasukan.

“Susah... memang susah (untuk baiki ranking negara ketika ini). Pemain sekarang tidak boleh diubah lagi, jurulatih kena lakukan banyak kerja rumah dan cari pemain baru.”

“Buat masa sekarang kita hanya perlu sabar, kita tidak boleh buat apa-apa. Jika perubahan dapat dilakukan, mungkin dalam empat atau lima tahun lagi kita dapat lihat kedudukan terbaik Harimau Malaya.”

“Apapun, itu terpulang kepada mereka yang menguruska­n bola sepak di negara ini. Kita juga tidak boleh fokus pembanguna­n di tempat tertentu saja, seluruh negara perlu alami perubahan,” kata Kay Kim.

Prestasi buruk di pentas antarabang­sa menyaksika­n kedudukan skuad Harimau Malaya dalam ranking dunia merosot empat anak tangga ke tangga 170.

Ranking terbaru yang dikeluarka­n Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) tiga hari lalu sudah dijangka berdasarka­n keputusan skuad kendalian Vingada yang ketandusan kemenangan dalam lima perlawanan terakhir termasuk tewas 0-2 di tangan Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia 2019, 10 Oktober lalu.

Malah, Vingada dilihat sudah memulakan langkah untuk merombak barisannya apabila bersedia membuka pintu lebih luas buat barisan pemain muda.

Selain itu, Kay Kim berkata, faktor ketandusan pemain berkualiti menjadi antara masalah yang dihadapi skuad negara ketika ini.

“Cara kita bermain perlu berubah dari satu zaman ke satu zaman. Sekarang ini tiada lagi pemain yang boleh menggelece­k dan melakukan tendangan bola dengan berkesan.”

“Saya sendiri lihat permainan bola sepak kita ketika ini agak membosanka­n. Tiada lagi pemain hebat seperti (Tan Sri) Abdul Ghani Minhat dan (Datuk) Mokhtar Dahari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia