Harian Metro

Vingada intai bakat baru

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Nelo Vingada bersedia ‘menaikkan pangkat’ pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara selepas barisan pilihannya beraksi hambar dalam beberapa aksi persahabat­an dan Kelayakan Piala Asia 2019.

Beliau yang mula membimbing Harimau Malaya, Mei lalu, masih gagal menghadiah­kan sebarang kemenangan buat Malaysia apabila skuad kendaliann­ya masih gagal mencipta kemenangan sepanjang lima perlawanan menentang Lubnan (2-1), Syria (2-1), Myanmar (1-0) dan Hong Kong (2-0 dan 1-1).

Prestasi buruk itu turut menyaksika­n kedudukan terbaru skuad kebangsaan dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) merosot empat anak tangga ke-170 dunia.

“Memang saya merancang memanggil lebih ramai pemain daripada skuad B-22 bagi tiga baki aksi kelayakan Piala Asia selepas ini.”

“Sekarang anda dapat lihat, lima pemain sudah berada dalam skuad senior dan saya jangkakan akan lebih ramai lagi dipanggil. Ini antara proses peralihan yang sedang berlaku dan saya tidak boleh merombak pasukan secara drastik.”

“Ia perlu dilakukan secara berperingk­at dan terus terang saya katakan, lima pemain yang disenaraik­an bertemu Hong Kong itu berjaya melaksanak­an tugas dengan cemerlang,” katanya yang mengakui gembira dengan prestasi lima tonggak muda iaitu Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba, Ifwat Akmal Chek Kassim, Adam Nor Azlin dan Matthew Davies.

Vingada, 64, yang turut memikul tanggungja­wab selaku pengurus pasukan berkata, kebimbanga­n ramai pihak mengenai penurunan ranking bukanlah suatu perkara baru, sebaliknya ia sudah beberapa kali menjunam jatuh sebelum beliau menggantik­an Datuk Ong Kim Swee lima bulan lalu.

“Saya hairan mengapa isu kejatuhan ranking ini diperbesar­kan sedangkan ia sudah beberapa kali jatuh, malah lebih teruk lagi.”

“Saya baru saja bersama pasukan pada Mei lalu dan setiap kali menjelang persiapan pasukan untuk aksi Kelayakan Piala Asia sering terganggu kerana kegagalan mendapatka­n pemain terbaik.”

“Bukan mahu memberi alasan sebaliknya itulah realiti yang terjadi. Apapun, saya dan barisan kejurulati­han mengambiln­ya (kejatuhan ranking) dari sudut positif. Selepas ini anda akan melihat wajah baru dalam skuad negara,” katanya. Kuala Lumpur: Safee Sali

menegaskan, dia belum bersedia bersara daripada mewakili negara dan mahu membantu skuad kebangsaan mengatasi masalah kekurangan jentera penyerang.

Selepas jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada mengadu tidak memiliki penyerang yang cukup sebelum kekalahan 0-2 kepada Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia 10 Oktober lalu, penyerang PKNS itu berkata, dia berhasrat kembali bermain bersama skuad kebangsaan.

Kali terakhir Safee beraksi bersama skuad kebangsaan ialah ketika Malaysia seri 0-0 menentang Filipina. Mac lalu. Ia adalah penampilan ke-79 dirinya bersama Harimau Malaya dan perlawanan terakhir skuad negara dibimbing Datuk Ong Kim Swee.

Vingada tidak menyenarai­kan Safee dalam lima perlawanan yang berakhir tanpa kemenangan sejak pelantikan­nya

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia