Harian Metro

Usah peduli ‘suara negatif ’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 KJ letak kepercayaa­n penuh kepada Tunku Ismail terajui FAM

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap barisan kepemimpin­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mempedulik­an ‘suara negatif’ yang dilemparka­n terhadap badan induk itu.

Sambil meletakkan kepercayaa­n kepada Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Khairy menjelaska­n semua pihak sepatutnya lebih positif dan memberi sokongan kepada badan induk itu untuk melakukan perubahan dan menjadikan Malaysia sebagai gergasi bola sepak Asia.

“Kita semua mesti ada mentaliti yang positif. Saya sedih melihat polemik bola sepak negara yang menyerang individu (tertentu) tanpa usul periksa.”

“Memberi tumpuan kepada ayat gurauan dan bukan kepada intipati sebenar yang serius, yang suka ejek-mengejek dan mencaci-maki. Mentaliti seperti itu tidak ada pada negara yang berjaya.

“Saya yakin sentuhan magis beliau (Tunku Ismail) yang meletakkan Johor DT (Johor Darul Ta’zim) di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

FAM dikritik hebat pelbagai pihak susulan kekalahan 0-2 kepada Hong Kong dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019, 10 Oktober lalu selain kejatuhan skuad Harimau Malaya dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Menerusi kenyataan sama, Khairy turut mengaku bola sepak tanah air hanya akan maju apabila wujud pembanguna­n secara menyeluruh.

Malah, katanya, usaha itu sudah bermula dengan beberapa perubahan yang digagaskan kepemimpin­an FAM yang baru.

“Antara kejayaan cepat atau ‘quick wins’ yang sudah diperoleh ialah skuad bawah 22 tahun (B-22) layak ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 dan pasukan sama merangkul pingat perak di Sukan SEA 2017.”

“Malah, skuad B-19 muncul naib juara di kejohanan AFF B-19. Generasi baru sedang dilatih melalui Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) dengan DNA permainan yang lebih menarik dan berkesan.”

“NFDP sudah melatih 22,575 pemain antara umur 7 hingga 17 tahun di bawah 1,025 jurulatih di 126 akademi seluruh negara.”

“Walaupun kedudukan pasukan negara jatuh dalam ranking FIFA yang terkini, kita perlu melihat kepada jangka sederhana dan panjang dengan kesabaran. Perubahan dan peningkata­n tidak datang dengan sekelip mata,” katanya.

 ?? Khairy Jamaluddin Abu Bakar ?? Saya yakin sentuhan magis beliau (Tunku Ismail) yang meletakkan Johor DT (Johor Darul Ta’zim) di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara”
Khairy Jamaluddin Abu Bakar Saya yakin sentuhan magis beliau (Tunku Ismail) yang meletakkan Johor DT (Johor Darul Ta’zim) di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia