Harian Metro

‘Bukan penamat karier’

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Shukor Adan sudah mengecapi pelbagai kejayaan dalam kancah bola sepak profesiona­l negara tetapi pemain tengah FELDA United itu tegas mengatakan bahawa masih ada lagi tugasan yang perlu dia habiskan.

Bekas kapten kebangsaan berusia 38 tahun itu begitu hampir untuk melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kelapan selepas FELDA United mengikat juara bertahan, Kedah 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Jengka, Ahad lalu.

Malah, jika dia dapat menjulang trofi paling berprestij Liga Malaysia itu buat kali kelima sekalipun, ia masih belum mampu mempengaru­hi Shukor untuk meletakkan noktah dalam kariernya.

“Selagi saya sihat dan cergas untuk bermain, saya akan terus bermain,” kata Shukor yang belum mahu memikirkan soal persaraan.

“Bagi saya, usia hanyalah sekadar angka. Jika saya masih boleh berlari di atas padang, saya akan meneruskan­nya.”

Pengendali FELDA United, B Sathianath­an antara individu yang mengagumi kepimpinan serta disiplin Shukor dan tidak ada sebab untuk beliau tidak menyenarai­kannya dalam kesebelasa­n utama.

“Kenapa Shukor mampu bertahan begitu lama? Ini kerana dia seorang pemain yang berdisipli­n dan tidak ada pemain lain yang tampil untuk mencabar posisinya,” kata Sathianath­an.

Shukor, dua kali memenangi Piala Malaysia bersama Selangor (2002 dan 2005) dan Negeri Sembilan (2009, 2011), berharap dapat membantu FELDA United menjuarai trofi itu buat pertama kali.

“Keputusan seri lebih baik berbanding kalah, jadi kami tidak rugi apa-apa pada aksi kedua

nanti,”

 Shukor akan terus beraksi jika berjaya bantu FELDA rangkul Piala Malaysia

kata Shukor.

“Kami sedar Kedah pasukan yang kuat, mereka adalah juara bertahan dan mara ke final sejak dua tahun lalu.”

“Saya yakin dengan skuad yang kami ada dan kata-kata semangat daripada jurulatih, kami akan berjuang habis-habisan untuk mencipta sejarah buat FELDA United dan mara ke final buat julung kalinya.”

“Kami mempunyai baki 90 minit di Alor Setar dan kami akan memberikan komitmen penuh seperti yang kami lakukan dalam perlawanan pertama.”

Dalam perlawanan berkenaan, Hadin Azman menjaringk­an gol penyamaan tiga minit sebelum tamat permainan selepas Sandro Mendonca menyempurn­akan sepakan penalti minit ke-62 buat Kedah.

Shukor pasti tidak mahu skrip separuh akhir 2015 berulang di mana Kedah menafikan tiket ke final buat FELDA United apabila memenangi aksi timbal balik di Alor Setar 2-1, selepas seri 2-2 pada perlawanan pertama.

 ??  ?? SHUKOR pernah julang trofi Piala Malaysia bersama Selangor dan Negeri Sembilan.
SHUKOR pernah julang trofi Piala Malaysia bersama Selangor dan Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia