Harian Metro

Waspada kebangkita­n UKM

- Haika Khazi faizul@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sime Darby FC yang membawa bekalan satu gol, tetap berwaspada dengan kebangkita­n skuad UKM FC dalam aksi final kedua Piala FAM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad ini.

Bagi ketua jurulatih Sime Darby FC, Ahmad Yusof, kemenangan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan, Ahad lalu bukan satu kelebihan besar buat anak buahnya menjelang aksi timbal balik di tempat sendiri nanti.

Ahmad menegaskan, anak buahnya perlu bekerja keras dan mempamer aksi terbaik bagi memastikan Sime Darby FC terus mendominas­i dan memenangi aksi penentuan itu.

“Saya harap semua pemain Sime Darby FC dapat bermain sebaik mungkin kerana perlawanan ini bakal menentukan sama ada kita mampu jadi juara Piala FAM tahun ini atau tidak.”

“Biarpun kami mendahului 1-0 namun ia bukan jumlah gol yang selesa dan bila-bila masa boleh dipintas UKM FC dalam aksi final kedua nanti,” katanya ketika ditemui di pusat latihan Sime Darby FC di Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam.

Selain itu, bekas jurulatih Terengganu itu juga turut berharap ‘kereta kebal’ Sime Darby FC, Che Mohd Arif Che Kamarudin, segera pulih daripada kecederaan kaki kanannya bagi membolehka­n pemain pertahanan tengah berkenaan kembali beraksi pada aksi final.

“Saya juga menasihatk­an semua pemain Sime Darby FC supaya jangan terlalu memikirkan soal ganjaran yang bakal diterima daripada majikan sekiranya kami muncul juara Piala FAM nanti.”

“Buat masa sekarang semua pemain Sime Darby FC perlu meletakkan satu sasaran iaitu menang apabila menentang UKM FC,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia