Harian Metro

Perjuangan belum selesai

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Biarpun memiliki kelebihan gol di tempat lawan selepas seri 1-1 dengan Perak pada separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh, Ahad lalu, namun bagi S Kunanlan, perjuangan mereka sebenarnya masih belum selesai.

Bek kanan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu menyifatka­n baki 90 minit di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, minggu ini tetap sukar dan semua pemain terutama dirinya perlu memberi sepenuh komitmen bagi memastikan juara Liga Super empat musim berturut-turut itu mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Malah katanya, keazaman untuk membawa pasukan ke final amat menebal kerana ia juga bakal menjadi pentas final pertama buat dirinya sejak menyertai Johor DT pada 2015 dan semestinya ingin cuba sedaya upaya memahat kejayaan untuk menjulang piala berprestij itu.

“Ketika Johor DT ke final pada 2014, saya belum lagi menyertai pasukan. Kini, secara peribadi saya ingin membantu Johor DT ke pentas final selepas menjulang kejuaraan Piala FA dan Piala liga.

“Untuk aksi kedua menentang Perak, saya anggap perlawanan itu bagaikan misi hidup mati. Walaupun kami ada kelebihan jaringan, tetapi kami tidak boleh terlalu selesa.

“Kami kena fokus lebih 100 peratus kerana perlawanan itu menjadi penentu ke pentas final. Benteng pertahanan yang dibarisi pemain tempatan bersedia memberi persembaha­n terbaik dan kepercayaa­n diberikan jurulatih (Ulisses Morais) amat kami hargai,” katanya.

Kunanlan mengaku kesilapan yang berlaku di Ipoh selepas Perak menjaringk­an gol - adalah cukup memeritkan namun mereka harus bangkit memperbaik­i kelemahan dan memastikan benteng pasukan lebih ampuh.

Katanya, barisan pemain skuad kendalian Mehmet Durakovic begitu rakus mengasak ke kubu Johor DT tetapi disiplin tinggi dan gerakan pantas menyekat gerakan lawan memberi kelebihan kepada mereka.

“Ia pengalaman berguna buat kami selepas aksi kurang menjadi pada Ahad lalu dan kami optimis apa yang terjadi pada aksi pertama tidak akan berulang lagi.

“Mungkin Perak akan bermula dengan corak serangan pantas pada perlawanan itu dan sudah tentu kami kena berjaga-jaga, bukan saja menyekat serangan lawan malah mengelak daripada melakukan kekasaran

 Kunanlan sifatkan baki 90 minit permainan di Larkin penentu Johor DT untuk ke pentas final

dalam kawasan 25 meter di luar kotak penalti,” kata Kunanlan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia