Harian Metro

Skuad Piala Presiden Terengganu bangkit dengan strategi tumbangkan Selangor

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Skuad Piala Presiden Terengganu langsung tidak tertekan sebaliknya yakin mereka mampu bangkit dengan strategi lebih ampuh untuk menumbangk­an Selangor dalam final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.

Skuad bimbingan Mustaffa Kamal Abdul Wahab itu juga sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi lawan yang sudah pastinya mengamalka­n taktikal bertahan selepas menang 2-0 dalam aksi pertama di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang minggu lalu.

Pengurus pasukan, Jasmira Othman menegaskan, biarpun ketinggala­n dengan dua jaringan ketika aksi akhir pertama pada 13 Oktober lalu, tetapi kali ini pemainnya bakal hadir dengan strategi lebih berkesan.

“Lebih meyakinkan kami, pemain tidak menampakka­n riak wajah tertekan ketika sesi latihan sebaliknya mereka dilihat begitu bersemanga­t untuk beraksi bertemu The Red Giants itu bagi memburu trofi.

“Kita sudah

membuat analisis selepas aksi pertama, daripada segi kelemahan dan kekuatan untuk menghadapi aksi kedua di Kuala Terengganu, begitu juga dengan taktikal yang diguna lawan.

“Jadi, dengan masa yang berbaki 90 minit lagi, pemain bertekad untuk menggunaka­n peluang itu sebaik mungkin, apatah lagi beraksi di depan penyokong sendiri,” kata Jasmira.

Kali terakhir skuad Peteh muncul juara Piala Presiden ialah pada 2006 dan selepas 11 tahun berlalu, skuad itu mahu mengulangi pencapaian sama selepas sekadar bergelar naib juara pada 2009.

Musim lalu, hasrat skuad T-Team untuk muncul juara buat kali pertama berkecai selepas tewas kepada Kelantan dengan agregat 1-3.

 ??  ?? AKSI skuad Piala Presiden Terengganu (kanan) mengasak lawan.
AKSI skuad Piala Presiden Terengganu (kanan) mengasak lawan.
 ?? Jasmira Othman ?? Kita sudah membuat analisis selepas aksi pertama, daripada segi kelemahan dan kekuatan untuk menghadapi aksi kedua”
Jasmira Othman Kita sudah membuat analisis selepas aksi pertama, daripada segi kelemahan dan kekuatan untuk menghadapi aksi kedua”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia