Harian Metro

‘Cukuplah sekali gawang dibolos pada aksi pertama’

-

Bharu: Kesilapan yang berlaku pada separuh akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksika­n gawang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dibolosi awal sebelum terikat 1-1 dengan Perak, ingin ditebus penjaga gol Harimau Selatan, Izham Tarmizi Roslan

Dia mengaku pertembung­an separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini akan lebih sengit memandangk­an pemain lawan akan turun habis-habisan menidakkan kelebihan jaringan di tempat lawan yang dimiliki Johor DT.

Apapun, dia tidak rela gawang Johor DT dibolosi lagi walaupun sedar tugasnya amat berat dan kesempatan beraksi di laman sendiri akan memberi lebih keyakinan kepadanya untuk memburu pentas final buat kali kedua dalam saingan piala tertua di rantau Asia itu.

“Kita harus lupakan episod yang saya anggap kurang menarik selepas aksi serba tidak menjadi terutama pada babak pertama, Ahad lalu. Sudah tiba masanya kami memberi komitmen lebih tinggi untuk memburu kemenangan di depan penyokong sendiri.

“Saya optimis baki 90 minit perlawanan di Larkin akan memihak kepada Johor DT dan kami tidak rela Perak mengambil kesempatan untuk menidakkan usaha kami.

“Kami perlu menguatkan

(gambar).

semangat juang dan tidak hilang fokus kerana ketika itulah lawan akan mengambil kesempatan. Cukuplah sekali saja gawang bolos pada aksi pertama lalu,” katanya.

Mengulas mengenai kekuatan skuad The Bos Gaurus, Izham tidak menafikan Perak memiliki pemain yang sering bekerja keras terutama barisan pemain muda yang kerap mengejar bola dan pantas menutup ruang.

Katanya, situasi itu membuatkan barisan serangan yang diterajui Mohamad Ghaddar, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera agak buntu memecah barisan tengah dan benteng lawan.

“Bagi aksi kedua ini, kami kena fikirkan kedudukan masih 0-0 dan harus menjaringk­an gol bagi melangkah ke pentas final. Ia akan menjadi lebih manis kerana kemenangan itu bakal dihadiahka­n kepada penyokong Johor DT,” kata Izham.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia