Harian Metro

Watak tidak bertemu hantu

- DARI MUKA 1

Risteena bawa peranan serius sebagai Doktor Azira

tapi diselitkan dengan babak mencuit hati

Ada beberapa sebab yang membuatkan Risteena terus bersetuju ketika ditawarkan untuk memegang watak sebagai Doktor Azira dalam filem arahan Ahmad Idham itu.

“Selepas meneliti skrip, saya tertarik menjadi sebahagian daripada pelakonnya. Selain itu, saya juga selesa bekerja dengan pengarahny­a, Ahmad

Idham dan kru. Paling penting babak saya tidak memerlukan bertemu dengan watak hantu,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran dalam melakonkan watak sebagai Doktor Azira, Risteena ada ceritanya.

“Doktor Azira adalah pakar psikologi dan wataknya agak serius, namun diselitkan dengan beberapa babak mencuit hati antaranya memerlukan saya menari.

“Cabaran lain ialah saya perlu menghafal beberapa nama ubat dan prosedur tertentu untuk memastikan lakonan itu realistik,” katanya.

Selain Risteena, Hantu Wangan turut menampilka­n pelakon Achey, Cat Farish, Nor Albaniah dan Ruminah Sidek.

Ditanya mengenai perkembang­an terbarunya, Risteena juga baru selesai menjalani penggambar­an drama bersiri Ombak Cinta.

“Dalam drama ini, saya berganding­an dengan adik, Ruhainies. Memang seronok apabila berganding­an dengan adik sendiri sebab mudah untuk kami melakukan latihan dan pergi bekerja.

“Insya-Allah, drama arahan pengarah, Azmi

Hatta ini akan ditayangka­n menjelang penghujung tahun ini sebanyak 13 episod,” katanya.

Selain itu, dia juga kini menantikan beberapa filem lakonannya yang akan ditayangka­n tidak lama lagi antaranya ialah Qhaliq dan Blok 404. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia