Harian Metro

SEMUA CALON BERPRESTAS­I TINGGI

- DARI MUKA 1

Pada peringkat separuh akhir lalu, Idayu berada di tempat pertama dengan kutipan markah 59.1 peratus, Bob (55.4 peratus), Marsha (53.5 peratus), Syamel (46.5 peratus) dan Shahir (28.5 peratus).

Peringkat akhir menyaksika­n setiap peserta diberi tugasan menyanyika­n lagu pilihan sendiri dan sebuah lagu baru

ciptaan komposer.

Idayu, 32, berkata, dia tidak mahu terlalu yakin walaupun pada peringkat separuh akhir dia berada di kedudukan pertama dengan markah tertinggi.

“Layak ke peringkat akhir pun saya sudah bersyukur. Bukan mudah nak sampai ke peringkat ini. Apatah lagi, pada Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) saya tersingkir awal. Disebabkan itu, pada setiap minggu saya cuba beri persembaha­n terbaik.

“Saya puas apabila dapat membuat persembaha­n setiap minggu. Sekurangku­rangnya saya dapat buktikan bakat sebenar yang orang tidak pernah tahu selama ini. Jadi, menang atau kalah bukan keutamaan saya.

“Walaupun ramai meletakkan harapan tinggi, saya tidak mahu terlalu yakin. Saya buat berdasarka­n kemampuan diri. Saya tidak mahu memaksa diri sehingga boleh mencacatka­n persembaha­n. Cuma saya menjadikan setiap lagu adalah cabaran kepada diri sendiri,” katanya.

Idayu berkata, dia menyifatka­n Bob dan Marsha sebagai pesaing terdekat

Peserta diberi tugasan menyanyika­n lagu pilihan sendiri dan sebuah lagu baru

untuk merebut gelaran juara.

Pada masa sama, Idayu terharu apabila berjaya meraih sokongan peminat berbanding 12 tahun lalu.

“Saya berusaha dan bekerja keras setiap minggu. Disebabkan orang tidak mengenali saya, jadi perlu buat persembaha­n yang boleh menarik perhatian penonton. Alhamdulil­lah, sejak awal pertanding­an sehingga sekarang semakin ramai mengenali saya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia