Harian Metro

Tak sangka menang berganda

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Aisyah anggap berkat kesabaran selama bertahun-tahun

Bagaikan tidak percaya, malam Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017) yang berlangsun­g di Singapura, baru-baru ini adalah malam indah buat penyanyi Aisyah Aziz.

Tidak hanya satu, malah Aisyah memenangi dua kategori iaitu Kolaborasi Terbaik Lagu untuk lagu Tanda Tanya dan

Lagu Terbaik Singapura menerusi lagu Senyum Saja.

Teruja dan terharu kerana melihat persaingan yang hebat daripada artis lain, Aisyah menggangga­p malam itu rezekinya selepas bertahun-tahun bersabar.

“Saya anggap kemenangan ini adalah berkat kesabaran selama bergelar penyanyi. Mungkin juga rezeki dan tuah lagu itu sendiri.

“Memang saya tidak sangka. Apabila dapat satu rasa sangat bersyukur dan memang terkejut apabila nama disebut untuk anugerah berikutnya,” katanya.

Menerusi lagu Senyum Saja, Aisyah bekerjasam­a dengan penyanyi baru Singapura, Haikal Ali.

Bagi Aisyah, Haikal mempunyai suara yang menarik dan tidak sangka kerjasama pertama kali mereka membuahkan hasil.

“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Apabila mendengar suara Haikal saya kagum dan tidak sangka walaupun dia masih baru, dia punya suara yang menarik,” katanya.

Sementara itu, Haikal berkata, dia sendiri sangat terkejut kerana melihat persaingan lagu lain lebih hebat.

“Saya sangat terkejut dan terkedu apabila lagu kami diumumkan menang. Harapan saya dengan kemenangan ini dapatlah saya peluang untuk mengembang­kan karier seni di Malaysia,” katanya.

Bagi Ayda Jebat pula, memenangi kategori Ikon Media Sosial adalah satu penghargaa­n buatnya.

Walaupun hanya menang satu kategori, baginya APM tidak hanya ruang untuk menang, tetapi lebih kepada memberi peluang untuknya mengenali artis Singapura dan Indonesia.

“Saya anggap APM platform untuk lebih mengenali artis negara jiran. Mungkin mereka kurang dikenali di sini, tetapi tidak di negara mereka.

“Mungkin juga peluang dalam APM dapat saya gunakan untuk bekerjasam­a dengan artis serumpun di samping dapat meluaskan peminat saya,” katanya.

Selain itu, penyanyi Khai Bahar turut memenangi dua kategori apabila lagu popularnya, Bayang mengunggul­i kategori Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.

Begitu juga dengan Dayang Nurfaizah yang turut memenangi dua kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu Lelaki Teragung.

Anugerah pada malam itu diacarakan pelakon Nabila Huda, Dzar Ismail dari Singapura dan Desta dari Indonesia.

Manakala artis yang membuat persembaha­n ialah Ayda Jebat, Aisyah Aziz, Sufi Rashid, Haikal Ali, Hael Husaini, Afgan, Isyana Sarasvati, Gloria Jessica dan Virgoun.

Turut membuat persembaha­n istimewa ialah Maher Zain dan ratu rock Malaysia,

Ella.

 ??  ?? AYDA mempersemb­ahkan lagu Nakal.
AYDA mempersemb­ahkan lagu Nakal.
 ??  ??
 ??  ?? AISYAH terharu.
AISYAH terharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia