Harian Metro

Jejak awal Han Solo

- Susunan Aimie Pardas aimieparda­s@hmetro.com.my

Solo: A Star Wars Story temui penonton 25 Mei tahun depan

Filem kisah awal Han

Solo, watak kesayangan dalam siri Star Wars, kini sudah diberi tajuk yang diumumkan pengarahny­a, Ron Howard.

Howard mendedahka­n tajuk Solo: A Star

Wars Story dalam video menerusi laman Twitternya, jam 12.08 tengah malam semalam.

Dalam video itu, Howard yang juga pengarah filem A

Beautiful Mind, Appolo 13 dan The Da Vinci Code turut memaklumka­n penggambar­an filem itu sudah tamat.

Beliau mengambil alih penerbitan filem itu daripada dua lagi pengarah yang diberhenti­kan, awal tahun ini.

Filem ini mengikuti jejak awal Han Solo yang pertama kali dilakonkan Harrison Ford dalam siri Star Wars : A New Hope pada 1977.

Solo: A Star Wars Story akan ditayangka­n pada 25 Mei tahun depan.

Watak Han Solo dalam filem baru ini dilakonkan Alden Ehrenreich, manakala Donald Glover melakonkan watak

Lando Calrissian yang dilakonkan oleh Billy Dee Williams dalam siri Star Wars asal.

Filem Han Solo ini adalah kisah kedua daripada tiga filem berdiri sendiri Star Wars yang bermula dengan Rogue One: A Star Wars Story, tahun lalu.

Han Solo juga sebahagian daripada perkembang­an siri Star Wars yang dihidupkan semula dengan filem blockbuste­r 2015, Star Wars: The Force Awakens.

Ia mencatat kutipan hampir RM9 bilion untuk tayangan di seluruh dunia.

 ??  ??
 ??  ?? FORD ketika membawa watak Han Solo dalam siri Star Wars.
FORD ketika membawa watak Han Solo dalam siri Star Wars.
 ??  ?? EHRENREICH sebagai Han Solo ‘baru’.
EHRENREICH sebagai Han Solo ‘baru’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia