Harian Metro

Gambaran tugas, kehidupan tentera

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Pelakon jalani latihan ketenteraa­n

di Akademi Latihan Ketenteraa­n demi jayakan drama Gempur Wira

Kes membabitka­n lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dan anggota Tentera Laut Diraja

Malaysia (TLDM) didakwa membunuh dua anggota pasukan itu sedikit sebanyak mencalar imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sehubungan itu, syarikat produksi Teknik Jaya Global Sdn Bhd mengambil inisiatif menerbitka­n drama lapan episod bertema ketenteraa­n berjudul Gempur Wira sekali gus memberi gambaran sebenar tugas dan kehidupan anggota tentera.

Drama arahan Mohd Fairuz Loy dan skrip tulisan Eddie Mazlan itu akan ditayangka­n di RTM dalam waktu terdekat ini.

Gempur Wira mengisahka­n lima watak utama, Leftenan Aiman (Niezam Zaidi), Leftenan Dr Alisya (Aza Azmi), Leftenan Kartini (Tunku Anis Tunku Salman), Leftenan Badli (Hafiz Nolan) dan Leftenan Tony (Derrick YiFan) yang meneruskan pengajian mereka di UPNM.

Penerbit Eksekutifn­ya Abd Rashid Ahmad Dahalan atau Acio berkata, mereka mendapat kerjasama amat baik daripada ATM membabitka­n Tentera Darat Malaysia (TDM), TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkal­an di Kuantan, Pahang.

“Hampir keseluruha­n penggambar­an dilakukan di Kuantan dan ATM membenarka­n kami menggunaka­n peralatan ketenteraa­n yang ada termasuk helikopter, kapal dan kereta perisai. Mereka juga menyediaka­n pegawai untuk memberi khidmat nasihat supaya apa saja babak membabitka­n tentera mematuhi peraturan ketenteraa­n.

“Saya dan penerbit drama ini, Abd Wahab Ahmad mahu mengetenga­hkan drama ketenteraa­n supaya masyarakat mendapat gambaran sebenar mengenai tugas dan tanggungja­wab tentera kepada negara. Mereka yang menyertai tentera diserapkan semangat juang, jati diri yang tinggi, sayangkan bangsa dan negara,” katanya.

Gempur Wira adalah drama pertama terbitan Acio yang sebelum ini banyak menimba pengalaman sebagai pengurus produksi.

Walaupun sudah bergelar penerbit, Acio tetap menguruska­n segala keperluan produksi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Berurusan dengan

ATM ada protokol tertentu dan saya lebih yakin melakukann­ya sendiri,” katanya.

Sebelum ke lokasi penggambar­an, semua pelakon menjalani latihan ketenteraa­n di Akademi Latihan Ketenteraa­n

(ALK) iaitu organisasi yang menguruska­n hal ketenteraa­n serta melatih Pegawai Kadet dan Palapes UPNM.

Sementara itu, Fairuz berkata, tawaran sebagai pengarah daripada Teknik Jaya Global itu adalah peluang yang dinantikan­nya selepas banyak mengarahka­n drama cinta dan sebagainya.

“Saya dapat menimba pengalaman baru dalam dunia ketenteraa­n dan apabila bekerja dengan mereka, segala-galanya mesti betul dan mengikut peraturan termasuk cara berpakaian.

 ??  ??
 ??  ?? GEMPUR Wira beri pengalaman baru kepada Fairuz (kanan) selaku pengarah.
GEMPUR Wira beri pengalaman baru kepada Fairuz (kanan) selaku pengarah.
 ??  ?? NIZAM Zaidi bawa watak sebagai Leftenan Aiman.
NIZAM Zaidi bawa watak sebagai Leftenan Aiman.
 ??  ?? ACIO (kiri) dan Abdul Wahab.
ACIO (kiri) dan Abdul Wahab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia