Harian Metro

Rebut wang tunai

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Program masakan popular Versus 1001 Rasa

Baba’s kembali lagi dengan menampilka­n kelainan buat penontonny­a di TV3.

Kali ini peserta akan mendapat panduan daripada mentor mereka yang terdiri daripada cef selebriti dan individu profesiona­l yang terbabit dalam bidang masakan.

Buat julung kalinya, Cef Kamarul dan Cef Adu digandingk­an selaku hos di pentas Versus 1001 Rasa Baba’s.

Ketika ditemui, Kamarul mengakui dia sangat teruja digandingk­an dengan Adu dalam program masakan itu.

“Kami tiada masalah mendapatka­n keserasian kerana masing-masing sudah berpengala­man mengendali­kan program masakan sebelum ini.

“Program ini akan ditayangka­n 13 episod sebelum dimasukkan ke Facebook untuk fasa seterusnya.

“Menyusul selepas itu, Versus akan kembali semula ke TV3 untuk peringkat akhir bagi merebut hadiah utama bernilai RM10,000,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar dan Ketua Pengiklana­n dan Promosi Baba’s Claudian Navin Stanislaus.

Sementara itu, Navin berkata, program Versus 1001 Rasa Baba’s juga dilancarka­n sempena meraikan empat dekad jenama serbuk kari dan rempah popular di Malaysia itu.

“Pelbagai aktiviti kempen dan program menarik dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia Baba’s.

“Selain menjadi penaja beberapa program TV seperti program Versus 1001 Rasa Baba’s, kami juga akan memberi 50 tiket ke Gold Coast, Australia kepada pengikut setia laman web Baba’s,” katanya.

Barisan mentor program ini terdiri daripada cef selebriti dan profesiona­l dalam bidang masakan seperti Cef Zubir, Cef Papa Joe, Cef Azizan, Cef Logan, Cef Aravin, Jochen, Cef Ramu dan Cef Darren.

Barisan juri jemputan ialah pelakon Angeline Tan, Zarina Zainuddin, Mahamaru, Fiza, Ida Aziz dan Rosmarlind­a.

Program Versus 1001

Rasa Baba’s akan bersiaran setiap Khamis jam 5.35 petang bermula 26 Oktober ini di TV3. Siaran ulangannya ditayangka­n pada Isnin berikutnya pada jam 5.35 petang.

 ??  ?? BARISAN hos, mentor dan juri yang terbabit dalam program
Versus 1001 Rasa Baba’s
BARISAN hos, mentor dan juri yang terbabit dalam program Versus 1001 Rasa Baba’s
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia