Harian Metro

KUMPUL DANA UNTUK ANAK AUSTISME

-

Menurutnya, ARISMA sebelum ini menganjurk­an tayangan amal filem Redha.

“Untuk kali ini kami memilih karya Aziz M Osman pula yang ceritanya dihasilkan daripada pengalaman­nya sendiri.

“Ia sebuah filem skala besar kerjasama Malaysia dan Indonesia dengan barisan pelakon yang ditampilka­n pula sangat hebat. Mereka mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri,” katanya.

Filem ini juga dekat dengan Omar kerana memaparkan badan bukan kerajaan Muslim Care yang berjihad membantu mangsa konflik di Syria dan sebagainya.

“Di Yayasan ARISMA pula, kami membantu golongan anak austisme yang dianggap golongan istimewa,” katanya.

Omar berkata, tiket untuk tayangan amal ini berharga bermula RM150 ke atas yang turut menampilka­n persembaha­n artis dan disediakan makanan dan minuman.

“Bagaimanap­un, saya puas hati kerana ada yang bagi lebih dan kami sangat berterima kasih dengan keprihatin­an yang diperlihat­kan,” katanya.

Di sebalik kemeriahan program ini, agak mengecewak­an apabila barisan pelakon dan pengarahny­a gagal hadir.

Namun, bagi Omar ia bukanlah satu masalah besar kerana kesudian D&Z memberikan kebenaran pun sudah memadai.

“Ini tayangan amal dan tayangan sebenarnya mungkin dibuat awal tahun depan. Untuk kali ini kami ada persembaha­n WARIS bersama kumpulanny­a dan ia sangat menghiburk­an.

“Selain itu kami juga tampilkan ikon autisme, Umar Asmizal yang menyanyika­n lagu daripada dua albumnya pada program ini,” katanya.

Omar berkata, dia melihat tiada salahnya memilih medium hiburan sebagai wadah untuk mencari dana asalkan tidak berunsurka­n negatif.

“Kita tak boleh memuaskan hati semua pihak. Untuk mencari dana memerlukan kita sentiasa kreatif mencari idea.

“Alhamdulil­lah yang nyata pawagam penuh dan sumbangan menggalakk­an yang diterima menjadi bukti misi kami berjaya,” katanya.

 ??  ?? OMAR (belakang kiri) bersama artis yang hadir pada majlis tayangan amal Filem Bukan Cinta Malaikat bagi mengisi dana pembanguna­n ARISMA,baru -baru ini. Ia sebuah filem skala besar kerjasama Malaysia dan Indonesia dengan barisan pelakon yang ditampilka­n...
OMAR (belakang kiri) bersama artis yang hadir pada majlis tayangan amal Filem Bukan Cinta Malaikat bagi mengisi dana pembanguna­n ARISMA,baru -baru ini. Ia sebuah filem skala besar kerjasama Malaysia dan Indonesia dengan barisan pelakon yang ditampilka­n...
 ??  ?? NORA turut berlakon.
NORA turut berlakon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia