Harian Metro

Artis ‘sendu’ banyak songeh!

-

Artis juga manusia dan hadir dengan pelbagai kerenah serta perangai.

Ada yang dipuji kerana sikap mesra, dan ada juga yang suka ikut kepala sendiri.

Baru-baru ini, SS ada mendengar cerita kurang menarik mengenai penyanyi yang boleh dikatakan bertahun-tahun berada di dalam industri muzik, namun masih kurang popular atau sendu.

Dia kurang popular bukan kerana lagunya tidak mendapat perhatian, tetapi kerana sikapnya sendiri yang memang bermasalah.

Baru-baru ini dia muncul semula dalam industri muzik dan kononnya, kemunculan semulanya adalah untuk mengukuhka­n kembali namanya sebagai penyanyi.

Dalam satu acara, dia perlu membuat persembaha­n bersama kumpulan koir yang dipilih oleh pihak penganjur acara terbabit.

Sudahlah tidak mahu hadir ketika sesi latihan bersama kumpulan koir itu, dia juga dikatakan kurang mesra.

Rakan SS yang berada di tempat kejadian melihat sendiri seorang anggota kumpulan koir itu memberikan katakata semangat kepadanya sebelum persembaha­n berlangsun­g.

Mengecewak­an apabila kata-kata semangat itu disambut dengan balasan yang kononnya, dia tak perlukan benda-benda itu semua.

Katanya, dia tak anggap dirinya artis.

SS faham, dia ingin karyanya diangkat berbanding namanya, tapi kalau sudah artis dan berada di dalam industri muzik, dia harus berdepan dengan populariti dan perhatian.

Bukannya memilih untuk terus mengelak daripada dianggap sebagai artis.

SS: Artis tak popular, ahli perniagaan pula yang ‘terlajak’ popular sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia