Terpegun lihat Mate 10, Mate Pro
Fungsi kamera kekal hebat
Pengguna di negara ini boleh menempah model terbaru Huawei Mate
10 pada harga RM2,699 bermula 19 hingga 22 Oktober ini.
Mate 10 secara rasmi akan berada di rak kedai elektronik pada 28 Oktober ini.
Pembeli yang menempah awal bakal memperoleh aksesori dan perkhidmatan tambahan bernilai RM999 secara percuma.
Huawei Mate 10 Pro pula hanya akan diumumkan awal bulan depan.
Kedua-dua model telefon pintar, Mate 10 dan Mate 10 Pro menggunakan pemprosesan Kirin 970 dan EMUI 8.0.
Huawei Mate 10 mempunyai saiz skrin 5.9 inci manakala Mate 10 Pro, 6 inci yang masing-masing mempunyai paparan FullView dengan ratio skrin-ke-badan lebih tinggi.
Mate 10 juga mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate 10 Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.
Meneruskan kerjasama dengan Leica, ia mempunyai kamera dwilensa jenis SUMMILUX-H dengan apertur f/1.6 dan ciri bokeh baru yang menghasilkan imej cantik.
Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dan mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan aktif.
Sementara itu, Mate 10 Pro juga ditambah ciri IP67 yang kalis air dan debu.
Warna ditawarkan Mate 10 Pro termasuk coklat, hitam, emas dan emas merah jambu manakala Mate 10 mempunyai pilihan warna biru, kelabu, coklat serta emas merah jambu.