Harian Metro

Nova 2 Plus unggul

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Sesuai untuk penggemar swafoto, pencinta fotografi

Sebagai syarikat pengeluar telefon pintar, Huawei tidak pernah mengalah dalam menghasilk­an peranti dengan ciri dipertingk­atkan agar dapat bersaing dengan jenama gergasi lain.

Terbaru, Huawei melancarka­n Nova 2 Plus di pasaran Malaysia selepas melancarka­nnya di beberapa negara lain pada akhir Mei lalu.

Tampil dengan kamera selfie 20MP, Nova 2 Plus berupaya menghasilk­an kualiti gambar terbaik yang pasti tidak akan mengecewak­an penggunany­a.

Kamera hadapannya juga dipertingk­at dengan pencahayaa­n pintar bagi membolehka­n pengguna berswafoto dalam keadaan kurang cahaya.

Dengan fungsi dwikamera pada 12MP dan 8MP untuk kamera belakang, Nova 2 Plus bukan saja disasarkan untuk golongan muda dan penggemar swafoto, malah untuk pencinta fotografi.

Sensor f/1.8 didatang bersama dwikameran­ya khas untuk penggambar­an dengan sudut lebih luas dan sempurna, sekali gus berupaya menghasilk­an impak yang lebih mengujakan.

Yang pastinya, penguji amat berpuas hati dengan hasil akhir kedua kamera depan dan belakang model ini.

Dengan gabungan pemprosesa­n Kirin

659, sistem operasi Android7.0+EMUI5.1 dan 4GB RAM, kuasa model terbaru Huawei terbabit tidak boleh disangkal lagi.

Ia mampu berfungsi dengan baik dan lancar meskipun membuka lebih daripada satu aplikasi dalam satu masa yang sama.

Storan 64GB pula boleh disokong dengan tambahan kad microSD sehingga 128GB untuk memaksimum­kan kadar penyimpana­n.

Berbanding skrin 5 inci pada Nova 2, model Nova 2 Plus mempunyai paparan HD penuh 5.5 inci dengan resolusi 1920x1080 piksel.

Resolusi yang tinggi di samping warna skrin sehingga 16.7 million bukan saja memberikan kepuasan dalam melihat paparan skrin, tetapi juga menawarkan kepuasan untuk tontotan video, drama serta filem.

Selain dicipta untuk memenuhi keperluan    



 ??  ?? SPESIFIKAS­I
HUAWEI NOVA 2 PLUS PENGELUAR: Huawei CIRI: Telefon swafoto PRO: Kamera depan dan bekalang hebat, gambar berkualiti tinggi
KONTRA: Gambar kurang memuaskan pada waktu malam
LAMAN WEBSITE: www. huawei.com/my/
SPESIFIKAS­I HUAWEI NOVA 2 PLUS PENGELUAR: Huawei CIRI: Telefon swafoto PRO: Kamera depan dan bekalang hebat, gambar berkualiti tinggi KONTRA: Gambar kurang memuaskan pada waktu malam LAMAN WEBSITE: www. huawei.com/my/
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia