Harian Metro

Ganjaran hebat untuk pengguna setia Digi

-

Syarikat telekomuni­kasi Digi.Com Berhad (Digi) menjalinka­n kerjasama dengan peruncit barangan kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia, Watsons Malaysia (Watsons) menganjurk­an program ganjaran Watsons Monday Superdeals menerusi aplikasi MyDigi.

Ketua Pengurusan Pelanggan Digi Francis Chang berkata, kolaborasi berkenaan diadakan untuk menawarkan ganjaran hebat kepada pengguna setia Digi dengan memberikan manfaat eksklusif dan relevan.

“Kami percaya

Watsons mampu memberikan tawaran yang menyeronok­kan selain penjimatan hebat kepada pelanggan kami.

“Perkongsia­n dengan Watsons adalah tepat pada masanya selari dengan langkah Digi dalam memperluas­kan sambungan 4G+ dan 4G LTE di seluruh negara.

“Ia memudahkan syarikat untuk memberi kuasa kepada 12 juta pelanggan dalam menebus ganjaran mereka di mana saja mereka berada,” katanya pada majlis pelancaran Watsons Monday Superdeals, di pusat beli-belah Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Melalui Watsons Monday Superdeals, pengguna Digi berpeluang menikmati tawaran menarik untuk barangan kesihatan dan kecantikan terpilih pada harga serendah 99 sen sehingga RM8.99.

Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi MyDigi di Apple Appstore atau Google Playstore, dan mendaftark­an diri menggunaka­n nombor rangkaian Digi sebelum membuat pembelian.

Di samping itu, ahli Watson VIP turut berpeluang menikmati diskaun 15 peratus untuk setiap pembelian aksesori peranti pintar di 33 stor kedai Digi terpilih di seluruh Malaysia.

 ??  ?? PENGARAH Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh (dua dari kanan) melancarka­n aplikasi MyDigi.
PENGARAH Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh (dua dari kanan) melancarka­n aplikasi MyDigi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia