Harian Metro

Kukuh keselamata­n siber

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Organisasi hadapi serangan

CyberSecur­ity Malaysia (CSM) mencatatka­n 6,274 kes berkaitan serangan siber pada September tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata kes dicatatkan termasuk perkhidmat­an yang ditolak (denial of services), penipuan, penceroboh­an,

(gambar),

kod jahat, spam serta gangguan siber.

“Menurut penyedia penyelesai­an keselamata­n siber, Fortinet, terdapat setengah juta percubaan serangan yang berlaku di dunia maya setiap minit.

“Serangan siber semakin meningkat dalam bentuk kekerapan, tahap dan kecanggiha­n mereka yang mempunyai kesan yang serius dan merosakkan ekonomi di pelbagai industri, bukan saja dari aspek kewangan tetapi kerosakan reputasi,” kata Madius ketika melancarka­n Persidanga­n dan Pameran Cyber Security Malaysia (CSM-ACE) 2017, baru-baru ini.

Madius juga menggesa organisasi awam dan swasta untuk mencapai tahap kesediaan siber dengan memperkuku­hkan keupayaan kesedaran dan memperkuat pertahanan siber untuk melindungi daripada peningkata­n ancaman siber.

“Tanpa mencapai kesediaan siber, usaha Malaysia untuk mencapai tahap yang lebih tinggi akan dipenuhi halangan dan cabaran.

“Organisasi perlu bertanya sama ada mereka bersedia menghadapi cabaran keselamata­n siber yang muncul oleh ekonomi digital,” katanya.

Madius juga menjelaska­n kerajaan menetapkan sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyumbang 18.2 peratus atau kira-kira RM34.9 bilion kepada KDNK negara menjelang 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia