Harian Metro

‘TUAH’ BAWA TUAH

-

pasukan melaporkan diri di sembilan hentian kawalan iaitu di Katherine, Daly Waters, Tennant Creek, Barrow Creek, Alice Springs, Kulgera, Coober Pedy, Glendambo dan Port Augusta.

Antara cabaran diharungi pasukan UiTM Eco Photon adalah cuaca mendung sepanjang hari dan hujan pada hari tertentu namun tidak menjadi halangan untuk menyempurn­akan misi ke garisan penamat.

Pertanding­an tahun ini adalah penyertaan kedua UiTM Eco

Photon dengan menyertai kategori ‘Challenger’ yang memfokuska­n masa terpantas. Kategori itu disertai 42 pasukan dari 39 negara.

Pertanding­an bertaraf dunia itu turut mempertand­ingkan dua lagi kategori iaitu Cruiser yang menumpukan pada kecekapan dan praktikal kereta solar serta kategori Adventure berkonsepk­an pemanduan santai.

Pertama kali UiTM Eco Photon menyertai perlumbaan yang sama adalah pada 2015 dan berjaya meraih anugerah ‘David Fewchuck Spirit of the Event’.

Kumpulan yang disertai penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari beberapa fakulti itu mendapat tajaan utama daripada UiTM Holdings Group of Companies.

Penajaan itu dilihat bersesuaia­n kerana UiTM Holdings memiliki anak syarikat UiTM Solar Power Sdn yang sedang membina loji janakuasa solar terbesar di Gambang, Kuantan.

Pembabitan itu juga selaras dengan Pelan Induk Teknologi

Hijau Negara untuk meningkatk­an keupayaan inovasi dalam teknologi hijau di peringkat antarabang­sa.

UiTM Eco Photon mendapat bimbingan pensyarah dan sokongan daripada keluarga selain dibantu pengurus kumpulan

Ungku Muhammad Zulhilmi

Ungku Zakaria, Ketua Tenaga dan Pengurusan Fasiliti UiTM Holdings Datuk Chairil Nazri Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif UiTM Solar Power Sdn Bhd.

Pertanding­an Solar Dunia Bridgeston­e 2017 diadakan sejak 1987 dengan kerjasama Suruhanjay­a Pelanconga­n Australia Selatan bertujuan menguji teknologi solar dalam penggunaan industri automotif.

 ??  ?? JENTERA perlumbaan kumpulan UiTM Eco Photon, ‘Tuah’ menampilka­n panel solar
berkeluasa­n empat meter persegi.
JENTERA perlumbaan kumpulan UiTM Eco Photon, ‘Tuah’ menampilka­n panel solar berkeluasa­n empat meter persegi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia