Harian Metro

MILO RAI BAKAT MUDA

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Seramai lapan atlet muda di bawah tajaan Milo diraikan sempena kejayaan mereka pada temasya Sukan SEA dan Para ASEAN

Kuala Lumpur 2017 di Arena Tan

Sri Hamzah, Wisma OCM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Barisan atlet muda itu ialah pemain hoki padang Joel Van

Huizen, pemain skuasy Ng Eain Yow, atlet karate Syakilla Salni, pemain bola keranjang Nur Izzati Yaakob, atlet renang Welson Sim, penerjun Nur Dhabitah Sabri, atlet lompat jauh Abdul Latif Romly dan ratu pecut Felicia Mikat.

Malah ratu boling negara Shalin Zulkifli turut diraikan pada acara berkenaan.

Namun majlis keraian ini hanya dihadiri Syakilla, Nur Izzati,

Welson, Ng dan Felicia kerana atlet lain terikat dengan pertanding­an.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Milo Philomena Tan berkata acara ini bertujuan memberi pengiktira­fan kepada kejayaan beberapa atlet negara yang dilahirkan melalui Majils Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

“Sejak 60 tahun lalu, Milo adalah perintis kecemerlan­gan dan perkembang­an arena sukan negara.

“Kami bangga menjadi sebahagian daripada pencapaian atlet generasi baharu yang mewakili negara di persada dunia.

“Kegigihan dan semangat mereka menjadi contoh dan inspirasi terbaik kepada orang ramai untuk terus mengejar impian masing-masing.

“Kami memainkan peranan penting dalam usaha membangunk­an arena sukan dan mendorong bakat muda.

“Generasi muda khususnya akan diberi sokongan berterusan menerusi perkembang­an budaya sukan mereka,” katanya.

Katanya, sukan memainkan peranan sebagai pendidik untuk membentuk karakter dan menerapkan nilai murni dalam kehidupan remaja demi masa depan yang lebih baik.

“Sukan mampu membentuk individu menjadi lebih berdisipli­n dan berkeyakin­an tinggi.

“Ia juga membantu mematangka­n mereka agar terus berusaha untuk mengecapi kecemerlan­gan berterusan.

“Komitmen kami terhadap pembanguna­n bakat sukan negara masih berterusan menerusi pelbagai inisiatif bagi mewujudkan peluang berharga kepada atlet negara.

“Oleh itu, Milo akan terus komited dalam usaha membina generasi muda negara menerusi pelbagai inisiatif dengan matlamat untuk membentuk mereka menjadi tunggak harapan bangsa dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, demi melahirkan bakat muda sukan yang bakal menjadi pelapis negara pada masa akan datang, MILO juga sudah memperkena­lkan MILO Champions Clinic sejak 2015.

Program yang berlangsun­g selama lapan minggu di beberapa lokasi terpilih memberi peluang kepada kanak-kanak lingkungan umur enam hingga 11 tahun bersukan di bawah bimbingan jurulatih bertauliah bagi mengesan minat dan bakat sukan masingmasi­ng.

Setakat ini, MILO Champions Clinic berjaya memanfaatk­an 2,600 kanak-kanak dan memberi peluang kepada ibu bapa mendorong anak mereka untuk aktif bersukan sejak kecil.

Selain itu, Milo turut memanfaatk­an inovasi teknologi dengan menyalurka­n maklumat berguna dari segi nutrisi dan aktiviti sekali gus mendorong generasi muda aktif bersukan menerusi penggunaan MILO Champions Band.

Pada majlis penghargaa­n itu, Ng,Shalin Zulkifli dan jurulatih bola keranjang negara Sim Sin Heng turut berkongsi pengalaman mereka dalam dunia sukan.

Kata Ng, disiplin, semangat berpasukan dan usaha tanpa mengenal erti putus asa adalah kunci kejayaanny­a selama ini.

“Setiap perkara yang kita lakukan perlu seiring dengan minat supaya tidak mudah berputus asa.

“Selain itu, saya amat menitikber­atkan hubungan harmoni antara keluarga, jurulatih dan rakan sepasukan,

“Nilai ini bukan saja mendorong saya menjadi atlet yang berpotensi tinggi malah memberi perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupan saya” katanya.

Katanya, antara cabaran yang perlu dihadapi sebagai atlet muda pada masa kini adalah lontaran katakata negatif netizen di media sosial.

“Sebagai atlet, kami sudah memberi persembaha­n terbaik tetapi adat pertanding­an kalah atau menang itu perkara biasa.

“Kadangkala komen netizen di media sosial sedikit sebanyak mengguris hati saya kerana mereka tidak lihat pengorbana­n yang kami lakukan untuk membawa nama negara di peringkat dunia.

“Namun, saya anggap ia pembakar semangat untuk menjadi lebih baik dan tidak akan berputus asa mencapai kejayaan lagi,” katanya.

 ?? FOTO ?? MAJLIS penghargaa­n juara Milo kepada atlet Sukan SEA KL2017
dan Para ASEAN KL2017.
FOTO MAJLIS penghargaa­n juara Milo kepada atlet Sukan SEA KL2017 dan Para ASEAN KL2017.
 ??  ?? TAN
TAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia