Harian Metro

Turunkan berat!

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Masalah kegemukan atau obesiti kini dikenal pasti menjadi ancaman terbesar rakyat Malaysia, terutama apabila negara berada di kedudukan teratas dengan masalah ini di rantau Asia Pasifik.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan menunjukka­n obesiti dihadapi sebahagian rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, dengan bilanganny­a meningkat saban tahun. Malah, kajian juga menunjukka­n seorang daripada dua dewasa Malaysia mempunyai berat badan berlebihan.

Bagi sesetengah individu, senaman dianggap membebanka­n mungkin kerana tiada dorongan atau galakan orang sekeliling.

Jika ada yang cuba memulakan gaya hidup sihat dengan senaman, tanpa sokongan atau motivasi ada kemungkina­n usaha itu tersekat separuh jalan.

Menyedari aktiviti kecergasan yang dilakukan berkumpula­n dan bersistem lebih memberi impak kepada penurunan berat badan, Hospital Columbia Asia Setapak menganjurk­an program kecergasan dan penurunan berat badan, I Fit Weight Loss Challenge 2017. Topik hubungan kelamin semasa hamil jarang dibincangk­an secara terbuka kerana masyarakat kita masih terikat dengan sifat malu sehingga melabelkan isu ini sebagai cerita 18SX atau rahsia ‘dalam kelambu’.

Malah, ramai wanita hamil yang segan untuk bertanya doktor secara berterus terang walaupun mereka mempunyai kemusykila­n mengenai perkara ini.

Bagi Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi Kuala Lumpur Dr Daud Yahya, sifat malu sebegini seharusnya dibuang jauh kerana pengetahua­n pelbagai perkara mengenai kehamilan termasuk soal hubungan di tempat tidur perlu dititikber­atkan.

“Masyarakat perlu lebih terbuka kerana membicarak­an hubungan seks bukan perkara yang jelik atau lucah, apatah lagi jika ia berkaitan kesihatan.

“Dalam konteks hubungan kelamin semasa hamil, ia tidak boleh diambil ringan oleh pasangan suami isteri terutama bagi ibu yang pernah mengalami masalah sepanjang kehamilan,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia